Salam sejahtera buat semua.
Selama ini tak pernah lagi saya tengok macam mana belon udara panas dinaikkan secara langsung di depan mata. Bersempena dengan Putrajaya International Hot Air Balloons Fiesta 2012 yang telah berlangsung sepanjang minggu lalu, saya telah berkesempatan untuk ke sana dan menyaksikan sendiri belon udara panas tersebut.
Memang sejak awal lagi dah plan untuk isi hujung minggu dengan melawat ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya. Ditambah lagi dengan beberapa rakan blogger yang lain turut sama bercadang untuk ke sana. Jadi, haruslah saya mengambil kesempatan yang ada ni.
Awalnya, saya tak tahu pun ada masa tertentu belon udara panas tu dinaikkan. Tidak terjangka juga ramai sangat pengunjung yang berada di sana. Nasib baik saya tiba sebaik sahaja masuk waktu Asar, jadi singgah dahulu ke Masjid Besi sebelum bergerak ke tapak pesta di Monumen Alaf Baru, Presint 2.
Kawan serumah, KiD dan Broframestone
Kalau ikut jadual, belon sepatutnya berada di udara sekitar pukul 5. Atas alasan cuaca yang memang pada masa tu kelihatan mendung macam nak hujan dengan angin bertiup agak kuat, lama jugalah tunggu sebelum belon mula ditiup. Sambil tunggu tu, lepak dulu dengan rakan blogger sambil makan dan minum.
Kak Afasz dan Abang KiD
Ingatkan diorang nak batalkan terus acara menaikkan belon petang tu. Akhirnya, sekitar pukul 6.30 petang, baru ada pengumuman yang belon akan dinaikkan. Yeay! Akhirnya dapat juga peluang nak tengok belon udara panas dipasang dan dinaikkan. Pengunjung pun makin ramai.
Disebalik orang ramai yang berkumpul berdekatan dengan kawasan tapak belon dinaikkan, kami mencelah bagi mencari ruang terbaik untuk menangkap gambar. Sorakan orang ramai beralun sebaik sahaja belon berjaya dinaikkan.
Gambar Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012
Rasanya kalau bercadang nak naik belon udara panas ni, haruslah sampai awal dan bersiap-siap beratur untuk membeli tiket. Tak tahu la pulak kan berapa harga tiket untuk naik belon udara panas di Putrajaya ni. Lagi gambar yang dirakam boleh dilihat di Flickr beliamuda.
beliamuda: Terserempak dengan beberapa rakan di sini…













Leave a Reply