Mumble-less Monday #19: Sepasang Sepatu Hitam Lusuh

Salam sejahtera buat semua.

Kasut Hitam Lusuh

Sepatu hitam lusuh ini sudah mulai dipakai sejak awal tahun 2007 sebelum saya memulakan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sekarang, sudah lima tahun kasut ini memberikan khidmat. Walaupun jarang sekali digunakan semasa berada dalam pengajian, penggunaannya semakin meningkat tatkala waktu beredar. Kini, saya memakainya setiap hari bekerja.

Sudah pernah dijahit tapaknya yang tercabut pada tahun lalu, namun jarang sekali saya menggilapnya atau mungkin tidak pernah langsung. Kini, ianya kelihatan lusuh tetapi masih belum lagi berganti kerana dirasakan sangat selesai memakainya.

Adakalanya, sesuatu itu telah kelihatan tidak sempurna pada fizikalnya namun hati tetap terus terpaut.

beliamuda: Bukan niat meminta simpati, tetapi sekadar paparan rasa hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge