Selamat Mengambil Keputusan SPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Selamat Mengambil Keputusan SPM 2011

Hari yang berlalu menjadikan kita semakin hampir ke tarikh 21 Mac 2012 yang menjadi hari pengumuman rasmi keputusan SPM 2011. Untuk tahun ini, saya ada seorang adik yang turut menanti keputusan SPM. Sebagai abang, mestilah saya juga teringin untuk mengetahui keputusannya.

Oleh kerana adik saya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di Sekolah Sains Alam Shah (ASiS), maka perlulah dia bergerak dari kampung pada hari ini untuk mengambil slip keputusan SPM pada keesokan hari. Katanya, dia bersama beberapa lagi rakan yang lain.

Walaupun ada pelajar lepasan SPM yang tidak berkesempatan untuk mengambil sendiri slip keputusan pada hari pengumuman esok, semakan keputusan SPM 2011 melalui SMS boleh dilakukan. Orang lain terutama ibu bapa turut boleh berbuat demikian dengan syarat ada maklumat angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.

Nampak gayanya, saya kena minta nombor angka giliran adik dengan Mama. Adik mesti tak nak bagi punya. Harap-harap dia mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada abang dia. >_<

beliamuda: Selamat berjaya buat semua pelajar lepasan SPM 2011!

5 thoughts on “Selamat Mengambil Keputusan SPM 2011

  1. Pingback: Wordless Wednesday #30: Semakan Keputusan SPM 2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge