Salam sejahtera buat semua.
Sebaik sahaja siaran rasmi tarikh pengumuman keputusan STPM 2011 dan dalam proses penantian tarikh pengumuman keputusan SPM 2011, pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2012 kini telah dibuka bermula 1 Mac yang lalu, seperti kebiasaan dua tahun kebelakangan.
Pendaftaran SPM dan SPMU Tahun 2012
Borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon persendirian pula, borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Kelayakan mendaftar SPM 2012
Calon Sekolah
- Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
- Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
Calon Persendirian
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
- Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
- Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
- Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.
Syarat Kelayakan mendaftar SPMU 2012
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.
Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012. Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima. Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan. Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
beliamuda: Sila rujuk di sini untuk tarikh peperiksaan SPM dan SPMU 2012.
asaLam. . Abg nk tnYo nie. . SYe nk amk papEr juLai 2013.. SO cmnE sYe nk mndAftAr. . N bLE pndftrAnnYe..
assalammualaikum saya nak tnya.umur saya sekarang dah 19 thn saya cuma kelulusan UPSR kalau saya nak ambil SPMU boleh lagi kah saya teringin sangat.HARAP ANDA BOLEH MEMBANTU SAYA…..
assalammualaikum saya nak tnya.umur saya sekarang dah 19 thn saya cuma kelulusan UPSR kalau saya nak ambil SPM boleh lagi kah saya teringin sangat.HARAP ANDA BOLEH MEMBANTU SAYA…..
assalammualaikum saya nak tnya.umur saya sekarang dah 19 thn saya cuma kelulusan UPSR kalau saya nak ambil SPM boleh lagi kah saya teringin sangat.HARAP ANDA BOLEH MEMBANTU SAYassalammualaikum saya nak tnya.umur saya sekarang dah 19 thn saya cuma kelulusan UPSR kalau saya nak ambil SPM boleh lagi kah saya teringin sangat.HARAP ANDA BOLEH MEMBANTU SAYA…..
Hi sir. ..saya dah abis PMR umur saya 21 tahun saya tak duduk SPM tapi berlajar sampai bulan 6 lepas tu kene buang sekolah tahun ni 2014 saya ingat nak ambik balik. papernya…boleh kaa saya mohon di ppd
Salam. Kalau saya nak ulang balik paper Chemistry,Physics dan Addmaths. Perlu ke saya ulang paper mata pelajaran teras yang lain (BM,BI,Maths,Sej dan Agama) ?
assalamualaikum. Saya farah, spm dapat 5 A, 3 B+, dan 1D. D saya english dan menyebabkan tak dapat masuk uia.
Saya ada buat semak semula and result baru keluar tadi, result saya KEKAL.
Sekarang saya nak repeat spm persendirian. Alasan saya lambat sbb tunggu result.
Adakah saya boleh buat rayuan? Sempat ke? Mereka akan layan ke?
Salam. saya ingin duduki semula kertas bahasa inggeris kerana kptsn spm saya hanya mendapat c. jadi soalan saya sekiranya saya menduduki semula kertas bahasa inggeris, adakah saya akan mendapat sijil spm yg baru (mengikut kptsn yg terbaru)? atau sekadar mendapat slip spm (warna putih) yg baru. sedangkan kalau nk hantar resume untuk permohonan kerja mereka minta lampirkan sijil spm bukan slip spm. agak rugi rasanya sekiranya saya dpt baiki keputusan bahasa inggeris saya tetapi tidak dpt lampirkan jika tiada sijil spm baru disediakan setelah mengambil semula spm..saya berharap ade penjelasan mengenai ini. terima kasih :)