Mumble-less Monday #20: Kad Mesra PETRONAS

Salam sejahtera buat semua.

Kad Mesra PETRONAS

Sepatutnya sejak awal saya mula memandu Perodua Viva lagi saya sudah mempunyai kad sebegini walaupun sebelum ini saya lebih banyak menggunakan pam petrol Shell. Apabila dah mula kerja ni, tidak perlu lagi saya bertangguh untuk mendapatkan kad Mesra PETRONAS yang percuma ni.

Sekarang ni, saya lebih banyak menggunakan stesen minyak PETRONAS kerana lokasi yang lebih dekat dengan kawasan tempat saya menyewa sekarang ini. Kalau untuk Shell, boleh la daftar kad Bonuslink.

Continue reading

Pam Minyak Petrol RON95 Dengan Henpon Mahal

Salam sejahtera buat semua.

Pam dengan henpon

Sebelum memulakan perjalanan kembali ke UTP awal pagi tadi, destinasi pertama dituju adalah stesen minyak. Tangki minyak kereta haruslah dipastikan berisi.

Kebetulan menunggu giliran untuk mengepam minyak petrol, kereta dihadapan menggamit perhatian kerana nombor plat G1M (Gagasan 1Malaysia) yang digunakan. Di bahagian bawah plat tersebut adalah tertulis ā€œGod Iā€™m Muslimā€. Jadi, saya keluarkan henpon dan merakam sekeping gambar.