Komen Menghina Daripada Pelajar Kepada Seorang Guru

Salam sejahtera buat semua.

Writers Blockknowsnotmuch

Salah satu perkara yang sentiasa menjadi cabaran buat para blogger ialah melayan karenah pembaca yang memberikan komen di dalam entri yang disiarkan. Komen di entri ini jugalah yang boleh menjadi penarik untuk pembaca lain membaca blog kerana ia memaparkan kepelbagaian pendapat, pemikiran dan pandangan.

Dalam kemeriahan keputusan SPM 2011 diumumkan, ada beberapa entri yang saya siarkan berkaitan dengannya. Salah satu entri tersebut yang mendapat perhatian ramai ialah kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam keputusan SPM 2011.

Di dalam entri tersebut juga terdapat beberapa komen yang saya jangkakan ditulis oleh bekas pelajar sebuah SBP. Dalam komen yang diberikan, pelajar tersebut telah secara terang-terangan memberi komen negatif dan mengkritik seorang guru. Ada juga beberapa ayat yang ditulis oleh pembaca tersebut yang agak kasar.

Namun, ada juga beberapa pembaca lain daripada sekolah sama yang mempertahankan guru tersebut dengan balasan yang lebih panjang dan turut disertakan dengan nasihat. Saya sendiri belum lagi membuat komen balasan pada komen tersebut. Tidak pula saya berniat untuk memadamnya.

Terdapat satu lagi komen yang ditulis oleh pembaca lain turut memberikan kritikan kepada seorang pengetua SBP. Berlainan dengan komen kritikan kepada guru yang saya sebutkan di atas, lebih ramai yang menyokong komen ini.

Apakah pandangan rakan blogger dan pembaca yang lain mengenai hal komen seperti ini? Semasa entri ini ditulis, guru yang menerima kritikan dalam komen tersebut telah menghubungi saya secara terus melalui emel.

beliamuda: Menghina seorang guru adalah satu perbuatan yang keji.

6 thoughts on “Komen Menghina Daripada Pelajar Kepada Seorang Guru

  1. Mungkin pengkritik itu mempunyai motif untuk menjatuhkan maruah guru berkenaan disebabkan kes di luar kawasan sekolah… Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengkritik berkenaan mempunyai intelektual dan akhlak yang tinggi (yang sepatutnya dimiliki oleh penuntut sekolah berasrama penuh)! Apa pun seelok2nya patut kes ini disiasat dan diselesaikan… Sebelum merebak ke media cetak dimana seterusnya akan mengaibkan lagi guru berkenaan dan owner blog ini sendiri… Tq

    • @ikin, Setuju. Kita harus juga ingat yang jiwa pelajar sekarang ini terlalu memberontak. Generasi baru sekarang ini bukanlah jenis yang suka berdiam diri. Penzahiran melalui alam maya adalah satu jalan yang suka mereka pilih untuk meluahkan.

  2. Sbg seorang blogger, anda bukan sahaja berkongsi kandungan, pandangan Dan maklumat dgn pembaca.. pada masa yg sama seorg blogger yg baik bertindak Sbg penapis Dan pemerhati kepada komen2 pengungjung yg mungkin boleh mencetuskan kontroversi Dan bertindak sewajarnya ke atas komen tersebut.. seperti membiarkan ianya Di bahaskan Atau membuangnya sekiranya ‘kurang ajar’ Dan terlampau.. Jgn la mengharapkan populariti semata2 sehingga membiarkan aib sesorg terbuka..

    Bg saya Kalau atas permintaan org yg di hina tersebut, apa lah salahnya tuan blogger delete komen berkaitan…

    • @pemerhati, Terima kasih di atas pandangan yang diutarakan.

      Berkenaan dengan komen tersebut, individu yang disebutkan dalam komen telah meminta saya untuk tidak memadam komen berkenaan atas sebab-sebab yang tidak boleh saya nyatakan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge