Gangguan Bekalan Air di Bandar Saujana Puchong

Salam sejahtera buat semua.

Samoens Fountainanataman via Flickr

Sejak saya mula menyewa di Bandar Saujana Puchong, saya tidak pernah sedar sebenarnya berapa kali sudah terjadinya gangguan bekalan air di sini. Namun, sejak saya mempunyai rakan serumah yang turut bekerja di syarikat yang sama, sudah dua kali gangguan bekalan air terjadi di sini.

Selama ini saya tidak pernah sedar berlakunya gangguan bekalan air kerana bilik air yang saya gunakan disalurkan terus dengan air daripada tangki. Manakala bilik air yang satu lagi disalurkan terus daripada paip air masuk utama. Jadi, apabila ada yang menggunakan tandas tersebut, barulah masalah gangguan itu disedari.

Kali pertama kami perasan ada gangguan bekalan air ialah semasa pihak SYABAS sedang mengadakan penyelenggaraan secara menyeluruh di Lembah Klang. Walaupun pada awalnya kawasan kami tidak terlibat, tangki besar bagi Saujana Puchong dan Mutiara Indah menerima tempiasnya juga sehari selepas kerja-kerja tersebut.

Kali kedua ialah di awal minggu ini. Apabila makluman ini diajukan kepada PUSPEL secara terus di Twitter, jawapan diberi ialah masalah tidak berkaitan dengan SYABAS dan berkemungkinan ianya adalah selenggara khas daripada pemaju Bandar Saujana Puchong.

Oleh kerana kedua-dua gangguan bekalan air yang berlaku tersebut terjadi semasa hari bekerja, kesannya tidaklah terlalu dirasai kerana sebaik sahaja pulang ke rumah sewa di sebelah petang, bekalan air telah kembali pulih seperti sedia kala.

Setakat ini, tidak pernah lagi ada yang keluar rumah tanpa mandi terlebih dahulu. Harapnya tiadalah kejadian serupa itu. Kalau ada, maka terpaksalah bersiram di tempat lain. Jangan jadi macam kes Broframestone ni sudah la…

beliamuda: Hari-hari pakai formal. Bilalah nak sampai masa pakai t-shirt je ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge