Salam sejahtera buat semua.
[Terkini: Tarikh-tarikh penting berkaitan program Matrikulasi KPM!]
Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013, semakan dan kemaskini permohonan sudah boleh dibuat.
Cara Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi
Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu di Aplikasi Kemaskini Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Sesi 2012/2013.
Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM untuk membuat memasuki aplikasi tersebut. Proses semakan dan kemaskini ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan maklumat tertentu.
Tempoh Masa Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi
Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 6 Februari sehingga 20 Februari 2012.
Pertanyaan Lanjut Berkenaan Semakan dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4036 / 4083 / 4040 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi. Talian bantuan ini boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.
beliamuda: Adik tak teringin nak masuk matrikulasi ke?
erm.hai..saya dh daftar utk 2013 nye matriks..pastu bile saye nk kemaskini..saya tak dpt masuk..saye x print lagi bahagian yang die kate kene print..sbb ingatkan nk tukar so..pegi bahagian kemaskini.pastu x dpt masuk..cane ek? dah resah gelisah gile
Kemaskini untuk Matrikulasi kebiasaannya dibuat pada bulan Februari tahun seterusnya.
hai. kemaskini utk matrikulasi sesi 2013 mmg blum dpt di buat?
assalamualaikum dan salam sejahtera..
saya ada beberapa soalan untuk ditanya kepada pihak anda
1)adakah denda matrikulasi jika tidak dibayar kembali atau lewat pembayaran denda akan mempengaruhi kemasukan ke universiti?
2)bagaimanakah untuk kita mengetahui denda yang diterima akibat berhenti separuh pengajian?adakah pihak matrikulasi akan menghantar notis dalam masa tertentu?
3)adakah relevan menunggu notis pemberitahuan denda daripada bahagian matrikulasi dalam masa setahun lebih tanpa ada sebarang berita atau notis kebiasaannya dihantar dalam masa terdekat?
Waalaikumussalam.
1) Saya rasa tidak mempengaruhi kerana Matrikulasi berada di bawah Kementerian Pelajaran sedangkan universiti berada di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Tinggi.
2) Saya kurang pasti.
3) Kenapa anda mahu tunggu notis pemberitahuan denda? Mungkin lebih baik menghubungi pihak Matrikulasi sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
kalau tak print tak pe ke? macam mane ye? saye tak print.. saye terpangkah web tu.