Salam sejahtera buat semua.

Bagi pelajar lepasan UPSR 2011 dan PMR 2011 yang membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk pengambilan 2012 bagi Tingakatan 1 dan 4, semakan keputusan kemasukan ke MRSM telah boleh dibuat hari ini seperti yang diberitahu sebelum ini.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1
Semakan keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 untuk sesi pengambilan tahun 2012 boleh dibuat melalui Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 1 MRSM.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4
Semakan keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 4 untuk sesi pengambilan tahun 2012 boleh dibuat melalui Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 4 MRSM.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Melalui SMS
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh juga dibuat secara SMS menggunakan format SMS seperti yang dinyatakan di bawah.
Format SMS : MARA MRSM <No. Angka Giliran> dan hantar kepada 15888
Rayuan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tahun 2012
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, rayuan boleh dibuat secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan. Jika tidak ada pautan rayuan selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon. Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2012 dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan Terus Kepada Pihak MRSM / MARA
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
beliamuda: Semakan keputusan kemasukan ke MRSM IGCSE dan Ulul Albab telah boleh dilakukan sejak 6 Januari yang lalu.
Leave a Reply