Duit Syiling Siri Ketiga Berada Dalam Edaran Hari Ini

Salam sejahtera buat semua.

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Memulakan pagi ini di depan TV dengan menonton siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 membolehkan saya mendapat tahu mengenai duit syiling Malaysia Siri Ketiga yang mula berada dalam edaran pada hari ini. Maklumlah, sebaik sahaja bermulanya peperiksaan akhir tempoh hari, tidak banyak masa yang dapat diluangkan untuk mengetahui isu semasa.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 10 Januari yang lalu, duit syiling baharu ini mula berada dalam edaran untuk kegunaan ramai pada 16 Januari 2012. Duit syiling ini boleh didapati melalui urus niaga biasa. Namun, edarannya akan dilakukan secara berperingkat dengan penggunaan duit syiling sebelum ini. Duit syiling lama ini akan dikeluarkan daripada penggunaan secara berperingkat.

Ini juga untuk memberi ruang kepada vendor mesin wang tunai untuk mengubah suai mesin bagi penggunaan dengan duit syiling Malaysia Siri Ketiga yang nyata berbeza daripada segi saiz dan rekaan. Pasti menyusahkan pengguna jika mesin tunai ini tidak dapat mengenal pasti dan menerima duit syiling yang baharu yang didatangkan dengan denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Dikatakan duit syiling baharu ini adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan penggunaan orang ramai. Warna kuning dan perak ini juga bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengetahui denominasi yang berlainan. Reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03 – 2698 8044 samb. 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia.

beliamuda: Duit syiling kenang-kenangan tu memang takkan digunakan. Simpan buat kenangan je la.. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge