Salam sejahtera buat semua.
Kemaskini status pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian, Nibong Tebal (Kampus Kejuruteraan) yang ingin meletupkan helikopter Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib akhirnya membawa padah kepada diri sendiri apabila dia ditahan. Berita mengenai hal ini telah saya ketahui beberapa hari sebelum ini lagi, namun tidak berapa diendahkan.
Semalam, saya dapat tahu yang pelajar berkenaan telah ditahan oleh pihak polis atas tulisan status tersebut, namun dilepaskan buat sementara waktu kerana sedang menduduki peperiksaan. Ya, saya tahu pelajar USM Kampus Kejuruteraan sedang menduduki peperiksaan sekarang ini kerana saya ada dua orang adik perempuan di sana. Namun, tak pula saya bertanya kenalkah mereka dengan mahasiswa yang dimaksudkan tersebut.
Kebetulan semasa berita tersebut dibaca, Mama lalu dan bertanyakan tentang identiti lelaki tersebut. Disebabkan saya tidak endah mengenail hal ini sebelumnya, maka saya jawab tidak tahu dan mencadangkan agar soalan itu ditanya kepada adik saya.
Tiba-tiba Mama menyatakan saya pernah meletakkan status di Facebook mengenai isteri Perdana Menteri. Seingat saya, tak pernah pula saya menulis status sedemikian, sama ada secara terang-terangan atau sindiran. Entah macam mana boleh terlintas di fikiran Mama. Mungkin komen dalam status orang lain kot?
Mama kata, sepatutnya status yang diletakkan adalah yang mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri, bukannya meletakkan status yang tidak bijak itu. Tidak pasal-pasal jadi kes polis. Kalau tengok riak muka Mama semasa menyatakan benda ni, semacam sindiran je…
Saya bukan nak berbincang mengenai rasional status tersebut diletakkan, namun kelihatannya pihak polis pun seakan-akan sangat emosional dengan status tersebut. Ada tekanan untuk mengambil tindakan ke?
beliamuda: Secara tidak rasmi, saya sudah meninggalkan alam universiti. Bersedia untuk melangkah ke alam seterusnya.
dah abes belajar? tahniah! 🙂
@ima, terima kasih.
eh, dah habis belajar? tahniah jugak.. 😛
Pisyek´s last blog about ..UTPress.Net Hacked!!!
@Pisyek, terima kasih Abam!