Salam sejahtera buat semua.
Sepuluh bulan telah berlalu sejak saya kembali semula ke UTP daripada praktikal dan memandu kereta di kampus. Sepanjang tempoh itu juga, tidak pernah saya disaman atas kesalahan trafik di UTP yang kebiasaannya adalah saman akibat salah parking di kawasan larangan.
Namun, semua itu lebur begitu sahaja apabila saman kesalahan trafik (baca: traffic offences summon) yang pertama untuk saya dikeluarkan pada 18 Oktober yang lalu. Semua ini gara-gara saya memarkir di kawasan larangan iaitu tempat letak kereta staf di belakang Blok 17. Sebelum ini, saya pernah disaman atas kesalahan di IRC UTP.
Untuk pengetahuan semua, tempat letak kereta untuk pelajar terletak agak jauh. Tambahan lagi, Blok 17 terletak di tengah-tengah antara tempat parking yang terdekat. Jadi, pilihan untuk parkir di belakang Blok 17 adalah yang paling mudah jika ingin berurusan di sana.
Saya hanya berada sekejap sahaja di Blok 17. Kalau tak silap, sekitar 5-10 minit sahaja. Namun, semasa saya kembali semula ke kereta, saya tengok Pak Gad sedang menyaman kereta-kereta pelajar yang sedang diparkir di situ. Oleh kerana notis saman telah diletak di kereta saya, maka saya tunggu sahaja sehingga Pak Gad selesai menjalankan tugasnya.
Sudah menjadi kebiasaan untuk pelajar membuat rayuan apabila dikenakan saman seperti ini. Jadi, perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah meminta salinan surat rayuan saman yang pernah digunakan oleh rakan-rakan yang lain. Dapat je surat rayuan saman tu, kerja-kerja suntingan dilakukan sebelum dihantar kepada pihak berkenaan.
Inilah surat rayuan saman yang telah siap disunting sebelum dihantar kepada pihak berkenaan untuk rayuan. Surat tersebut dihantar bersama-sama notis saman kepada Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar (JPSP) di Poket D. Dalam masa tiga hari bekerja kalau tak silap saya, surat jawapan akan dikeluarkan dan boleh diambil di sana. Ada la dekat dua minggu juga sebenarnya baru saya hantar surat rayuan saman tu.
Rayuan saman telah diluluskan!
Syukur, rayuan sama diluluskan dan bayaran dikenakan adalah RM10 sahaja daripada saman asal yang bernilai RM30 walaupun sebenarnya saya berniat untuk merayu sehingga tidak dikenakan bayaran langsung. Huhu~
Sebaik sahaja kelulusan rayuan diberikan, bayaran terus dibuat di kaunter finance di Kompleks Canselor. Selalunya, kalau bayar awal-awal pun tak guna jugak sebab saman masih belum dimasukkan ke dalam sistem. Nasib baik masa pergi untuk bayar tu, ianya telah pun dimasukkan berada dalam sistem. Jadi, apabila bayaran dibuat, kemaskini boleh dibuat terus di dalam sistem.
Dengan tempoh pengajian yang berbaki lebih kurang tiga minggu sahaja lagi, saya berharap tiada lagi saman yang akan dikeluarkan kepada saya. Rugi je kalau duit mengalir semata-mata untuk membayar saman. Jangan terkejut kalau di UTP ada pelajar yang dikenakan saman sampai tiga angka.
beliamuda: Cukup je umur 23 tahun, terus kena perbaharui lesen kereta…
takpe. bayar ajelah. hehe..
titan´s last blog about ..Kenangan PMR 1999