Saman Kesalahan Trafik Pertama di UTP

Salam sejahtera buat semua.

Saman Trafik Pertama di UTP

Sepuluh bulan telah berlalu sejak saya kembali semula ke UTP daripada praktikal dan memandu kereta di kampus. Sepanjang tempoh itu juga, tidak pernah saya disaman atas kesalahan trafik di UTP yang kebiasaannya adalah saman akibat salah parking di kawasan larangan.

Namun, semua itu lebur begitu sahaja apabila saman kesalahan trafik (baca: traffic offences summon) yang pertama untuk saya dikeluarkan pada 18 Oktober yang lalu. Semua ini gara-gara saya memarkir di kawasan larangan iaitu tempat letak kereta staf di belakang Blok 17. Sebelum ini, saya pernah disaman atas kesalahan di IRC UTP.

Continue reading