Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011?

Salam sejahtera buat semua.

USPR 2011

Tidak berapa lama selepas peperiksan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 berakhir tempoh hari, saya ada menerima satu soalan berkenaan bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR 2011. Saya tidak sangka begitu awal sekali pertanyaan tersebut diajukan.

Saya tidak pasti siapakah yang mengajukan soalan tersebut, sama ada murid Darjah 6 ataupun orang lain yang bertanyakan tentang soalan tersebut. Mungkin sudah ada pihak cikgu yang sebenarnya tahu mengenai tarikh pengumuman keputusan UPSR 2011 nanti.

Tidak seperti tahun lalu, saya mempunyai masa dan peluang untuk mengagak tarikh pengumuman UPSR 2010. Tahun lalu, keputusan UPSR 2010 diumumkan pada 11 November 2010, pada hari Khamis. Dijangkakan, pada tahun ini keputusan turut diumumkan pada hari Khamis.

Tahun ini, adik saya turut sama menduduki UPSR 2011. Ada kisah lucu semasa dia menduduki peperiksaan tersebut. Namun bukan itu yang saya nak ceritakan kali ini. Ada satu hal yang memang sebenarnya sudah serasi dengan peperiksaan awam di Malaysia iaitu masalah kebocoran soalan dan juga jawapan!

Kebocoran Soalan dan Jawapan UPSR 2011

Selepas berakhirnya UPSR 2011 tempoh hari, saya mendengar sendiri perbualan mengenai perkara ini dalam kalangan para cikgu. Dimaklumkan, sehari sebelum pelajar menduduki UPSR, bagi sekolah/cikgu yang ada mendapat soalan atau jawapan bocor, pelajar ditahan di sekolah semata-mata untuk disuap dengan semua maklumat yang ada.

Leaking Water
[Izzi]

Kebocoran ini lebih dikatakan lebih banyak berlaku dalam kalangan cikgu yang menggubal soalan UPSR 2011. Lebih tidak enak lagi apabila dikatakan negeri yang paling ramai terdapatnya penggubal soalan, maka negeri itulah nanti akan menjadi yang terbaik dalam UPSR 2011, seperti tahun-tahun sudah. Anda boleh semak sendiri negeri manakah yang saya maksudkan.

Saya pelik. Padahal murid Darjah 6 telah pun melalui kelas tambahan yang ada sampai ke waktu malam semata-mata untuk menempuh UPSR. Namun di saat akhir, ada pula cikgu yang melakukan pengkhianatan dengan membocorkan soalan/jawapan kepada pelajar.

Pada saya, perkara ini sama sahaja dengan kes Guru Besar sekolah menghalang pelajar daripada menduduki UPSR seperti kes yang terjadi di Sarawak semata untuk mengelakkan daripada keputusan murid tersebut merosakkan prestasi keseluruhan. Selepas itu timbul lagi kes murid tidak dibenar menduduki UPSR di Baling, Kedah.

Nasiblah UPSR tidak dimansuhkan. Sangat “bertanggungjawab” sikap para cikgu yang melakukan perbuatan membocorkan soalan/jawapan tersebut. Mungkin ada yang kata, “ala, setakat UPSR je pun”. Inilah pengkhianatan terhadap pelajar sebenarnya. Mungkin lebih baik kalau kelas tambahan tidak diadakan langsung jika soalan/jawapan akan dibocorkan sebelum menduduki peperiksaan.

Jika anda juga anda mendengar atau pernah melalui kes yang serupa, kongsikan dengan kami agar lebih ramai yang sedar dan tahu akan perkara ini. Sekian.

beliamuda: Ramai yang tahu, tapi ramai juga yang tutup sebelah mata!

28 thoughts on “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011?

  1. Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

    Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

    Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

    Lembaga Peperiksaan
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    9 November 2011

  2. Pingback: Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011 | beliamuda {dot} com

  3. salam,,,result upsr dah pun keluar…kini kononnya murid2 kg dah pandai BI…ramai yg dpt 4A atau 3A ,tapi terro

    BI dpt A..ni le sebab 100% bocor,,,murid dimarah bila x nak hafal…pengalaman anak akak sendiri…dia dpt percubaan 5A,,,dan akan selalu pesan percaya pada diri sendiri,,,belajar dan mencuba,,,biarpun kita gagal..so…dia buat bodoh je..tak hafalkan rangkaikata untuk jwpn tu…hasilnya mmg ramai yg dpt A…anak akak dpt B je…cian terkial2 memerah otak,,kwn2 lain senyum lebar,,,semlm akan bertanya pdnya kenapa tan ikut cikgu ckp…hafalkn jwpan…dia jwp …mak,Allah nampak apa yg kita buat…tak baik menipu…Allah hu akhbar ,,,,menitis air mata akak,,bukan kerana anak x dapat 5A ,,tapi,,,bersyukur kerana anakku adalah anak syurga,,,amin…last2 bebudak yg diajar menipu tu,byk yg dpt B kt mate,x dpt kemana2 pn ,,,walau BI…A

  4. tolong doakan saya berjaya upsr 2012.saya telah pun mendudukinya,hanya menunggu keputusan sahaja.tapi tidak pasti bila tarikh keputusan upsr 2012 akan keluar.saya nak tanya 1 soalan kepada BELIAMUDA,bilakah tarikh keputusan upsr akan keluar atau tarikhnya sama dengan tahun 2011

  5. Pingback: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012? | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge