Gambar Perodua Myvi 2011: Standard

Salam sejahtera buat semua.

Perodua Myvi 2011 (Standard)

Terdapat tiga varian yang diumumkan dalam pelancaran Perodua Myvi 2011 yang merupakan Myvi generasi kedua dalam usaha Perodua untuk memperkukuhkan lagi penjualan kereta paling laris di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut (2006-2010).

Selain Perodua Myvi Elegance yang merupakan varian untuk model Myvi 2011 yang paling lengkap, terdapat dua lagi varian iaitu Standard dan Premium. Dalam entri ini, saya kongsikan gambar Perodua Myvi 2011 daripada varian Standard yang merupakan varian paling bawah.

 

Perodua Myvi 2011 Standard Varian


Jom kita tengok Perodua Myvi 2011 Standard (untuk exterior design dan interior design) dalam siri gambar di bawah berserta tambahan animasi gif untuk enam pilihan warna Perodua Myvi 2011.

 

Warna Perodua Myvi 2011

Pilihan Warna Perodua Myvi 2011

Saya telah menggabungkan kesemua enam pilihan warna Perodua Myvi 2011 ke dalam animasi gif di atas. Enam pilihan warna bagi Perodua Myvi 2011 ialah Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White, Mystical Purple dan Ivory White (tidak mengikut turutan animas gambar).

 

Rekaan Luaran Perodua Myvi 2011 Standard

Daripada segi rekaan luaran, tidak banyak yang membezakan Perodua Myvi 2011 dengan generasi pertama yang dapat dikenalpasti (daripada sudut pandang pengguna yang tidak memiliki Perodua Myvi).

Perodua Myvi 2011 (Standard)

Mungkin jika anda menggunakan Perodua Myvi 2011, anda akan dapat mengecam apakah perubahan yang telah dilakukan pada rekaan luaran Perodua Myvi 2011.

Perodua Myvi 2011 (Standard)

 

Rekaan Dalaman Perodua Myvi 2011 Standard

Walaupun tidak terdapat perbezaan yang nyata padai Perodua Myvi 2011, namun perubahan ketara pada rekaan dalaman dapat dilihat terutama dashboard Perodua Myvi 2011.

Perodua Myvi 2011 (Standard)

Mengikut makluman saya, dashboard Perodua Myvi 2011 ini adalah unik untuk model Perodua sahaja (tidak sama dengan saudara kembarnya – Toyota Passo). Pada saya, rekaan dashboard yang baru ni kelihatan lebih premium berbanding yang wujud pada generasi pertama Myvi (dashboard Perodua Myvi SE paling smart di antara Perodua Myvi generasi pertama).

Perodua Myvi 2011 (Standard)

Mengikut Paultan, panel instrumen Perodua Myvi 2011 mengikuti gaya Toyota Camry (saya tak pernah tengok pun). Dengan rekaan instrumen yang macam ni, memang timbul rasa gaya premium pada Perodua Myvi 2011, sekurang-kurangnya.

Perodua Myvi 2011 (Standard)

Bagi trasnmisi automatik, kedudukan gear shifter diletakkan pada konsol tengah sementara bagi transmisi manual, kedudukannya adalah pada lantai kereta seperti kebiasaan model Myvi. Ruang konsol tengah diganti dengan ruangan untuk meletakkan barang seperti dalam gambar.

Perodua Myvi Elegance

Kesemua varian Perodua Myvi 2011 termasuk Standard dilengkapi dengan SRS dual airbags di kedudukan pemandu dan di sebelahnya. Inilah salah satu lagi tambahan terbaru yang membezakan Perodua Myvi 2011 dengan generasi pertama di mana hanya beberapa varian sebelum ini sahaja yang dilengkapi dengan airbag.

Perodua Myvi 2011 (Standard)

 

beliamuda: Mungkinkah Perodua Myvi 2011 akan terus menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia terutama golongan remaja?

7 thoughts on “Gambar Perodua Myvi 2011: Standard

  1. Between standard and Premium?mane lg Berbaloi,&ok..??Ramai yang kate better ambik Standard je then carik barang dekat luar sendiri,jd mcm premium…lagi murah…BETUL ke???

    • @estrada, lagi murah ke tak tu bergantung la. kalau dapat jumpa yang jual barang yang nak tu murah, dapat la murah la kan. tapi yakin ke bila pasang sendiri barang tu, boleh jadi elok macam premium?

  2. Pingback: Gambar Perodua Myvi Extreme 1.5 2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge