Salam sejahtera buat semua.
Semalam, Perodua Myvi 2011 iaitu generasi Perodua Myvi yang kedua telah dilancarkan bagi menggantikan model generasi pertama yang telah diberhentikan pengeluaran sejak April lalu. Terdapat tiga varian dalam barisan Perodua Myvi 2011 iaitu Standard, Premium dan Elegance.
Di antara ketiga-tiga varian dalam Perodua Myvi 2011, varian Elegance adalah yang paling lengkap antara semua. Walaupun sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Perodua Myvi 1.5 akan turut dilancarkan, namun kesemua varian yang dilancarkan semalam adalah daripada barisan Perodua Myvi 1.3.
Perodua Myvi Elegance
Jom kita tengok Perodua Myvi Elegance (untuk exterior design dan interior design) dalam siri gambar di bawah.
Rekaan Luaran Perodua Myvi Elegance
Bagi varian Perodua Myvi Elegance, ianya hanya boleh didapati dalam tiga jenis pilihan warna (daripada enam pilihan warna yang ada untuk Perodua Myvi 2011) iaitu Mystical Purple, Ebony Black dan Ivory White sahaja. Kenapa Perodua Myvi Elegance tidak disediakan dalam kesemua pilihan warna?
Rekaan Dalaman Perodua Myvi Elegance
beliamuda: Harga bagi Perodua Myvi Elegance mencecah RM58,000. Sila klik untuk senarai harga Perodua Myvi 2011 yang lain.
nampak lain tp x tau kt mane yg lain berbandng yg sblom ni..tp mmg smart la
hazwan´s last blog about ..Memori Village 1 UTP
@hazwan, dashboard paling berbeza. luaran payah nak bezakan.
aih, bilo nok bulih sutil keto ni
penaberkala´s last blog about ..BOLEH TUJU LAGU?
@penaberkala, kena tunggu ado duit sendiri dulu la. maksudnya, bila kerja la ni boh.
cantik page kamu..
@wan, page apakah?
Pingback: Gambar Perodua Myvi Extreme 1.5 2011 | beliamuda {dot} com
Pingback: Gambar Perodua Myvi SE 1.5 2011 | beliamuda {dot} com