Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2011/2012 Melalui SMS

Salam sejahtera buat semua.

Keputusan permohonan matrikulasi bagi sesi 2011/2012 semakin menghampiri kepada tarikh pengumuman dan semakan. Hari pengumuman keputusan permohonan matrikulasi pada tahun ini ialah pada 28 April 2011.

Seperti tahun sebelumnya, para pemohon boleh membuat semakan keputusan melalui cara menghantar mesej pesanan ringkas (SMS). Format untuk SMS adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

 

Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi melalui SMS

Pemohon boleh SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888.

Namun begitu, pemohon digalakkan melayari portal Bahagian Matrikulasi KPM kerana calon yang berjaya dapat mencetak surat tawaran dan dokumen lain yang perlu dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

Sumber: [1] [2]

 

beliamuda: Nak semak keputusan matrikulasi dengan SMS boleh. Tapi, nak print dokumen berkaitan, sila guna semakan cara online.

22 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2011/2012 Melalui SMS

  1. Kalau kita nak semak aje tapi tak nak pergi matrik,boleh tak kalau nak buat macam tu?Ke sekiranya kita semak keputusan untuk ke matrikulasi secara tak langsung kita telah bersetuju untuk mendaftar ke matrikulasi?

  2. Nadya
    04.28.2011 09:03 slm…kan bila kta semak kat lmn sesawang tawaran matriks tu ade benda camni>>>>

    Sila buat pengesahan terima (1) sebelum mencetak dokumen di bawah.
    Bawa SEMUA DOKUMEN pada hari pendaftaran di kolej.
    1. Pengesahan Terima Tawaran
    2. Surat Tawaran
    3. Dokumen Peribadi Pelajar
    4. Surat Perjanjian
    5. Panduan

    >So,soalan sy takpe ke kalau sy tak tekan 1.Pengesahan Terima Tawaran….ada effect ke…kalau sy tak jwb saya terima or tolak twrn tu…??

    • @Nadya, yes, ada. itu untuk rekod anda terima atau tidak. kalau anda tak tekan, maknanya anda tak terima, jadi ada kemungkinan nama anda digugurkan. notis telah pun diberi dalam pemberitahuan tersebut kan.

  3. kalau sy dpt matrikulasi slpas wt rayuan…agk2 nye bla kna pg dftr…n saya ni dh dapat PLKN pggl 2…bulan 5 ni dah kna pergi…so,,, apa yg patut sy buat????
    tolong2!!!

  4. salam…tumpang tnya…btul ker ada org ckp kalu kte tkn no 1 utk confirmkn nama kte akn dipotong utk UPU…???
    tlg jwb : ) tq.

  5. assalamualaikum..tumpang tanya,bila tarikh tutup untuk buat pengesahan terima tawaran matrikulasi sesi 2011???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge