Salam sejahtera buat semua.
Terkejut dan teruja apabila disahkan saya adalah salah seorang daripada Maxis10 reviewers yang terpilih untuk HTC Desire S. Saya sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir saya memohon untuk #Maxis10 atau dah berapa kali saya memohon.
Awalnya memang memohon dengan serius (masa tu untuk Nokia N8), tetapi lama-kelamaan memohon kembali sekadar untuk suka-suka sahaja tanpa harapan yang tinggi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
4.11 petang, 19 April 2011, Selasa
Saya menerima satu panggilan yang nombornya tidak saya kenali. Pada masa tersebut, saya berada di lab simulasi iCON, blok 5, UTP dalam proses untuk menyiapkan simulasi ammonia plant bagi heat exchanger integration (HEN). Kalau berada di bilik masa tu, mungkin panggilan tersebut tidak jelas kedengaran.
Panggilan dijawab tanpa menduga ianya adalah untuk program #Maxis10. Pemanggil mengatakan dia mewakili Maxis untuk memberitahu yang saya terpilih bagi review HTC Desire S. Kalau tak silap, pemanggil tersebut adalah Fiona.
Fiona ingin mengesahkan lokasi semasa saya kerana di dalam borang permohonan, saya mengisi alamat rumah. Memang masa ni lidah pun kelu semacam je. Rasanya Fiona pun faham je yang masa tu saya nak nak jawab pun payah. Emel akan dikirimkan untuk urusan seterusnya.
10.07 pagi, 21 April 2011, Khamis
Emel daripada Fiona tiba di inbox saya. Pengesahan dan alamat semasa diminta untuk proses penghantaran HTC Desire S. Segera saya lengkapkan apa yang diminta untuk memudahkan urusan. Masa ni, saya masih belum dibenarkan untuk memperkatakan apa-apa yang berkaitan dengan program Maxis10: HTC Desire S sehingga pengumuman rasmi daripada pihak Maxis di Twitter dan Facebook.
Hanya seorang sahaja yang tahu mengenai hal ini pada waktu tu (selain saya). Lagipun dia dah mendesak nak tahu sangat apa benda yang saya cuba nak beritahu beberapa hari sebelum tu.
11:12 malam, 21 April 2011, Khamis
Pengesahan rasmi daripada pihak Maxis telah diterima seperti yang ditunjukkan dalam entri “Saya Terpilih Untuk Maxis10 Reviewers Programme: HTC Desire S”.
~10.00 pagi, 22 April 2011, Jumaat
Pihak Maxis telah membuat pengumuman secara rasmi di Twitter. Kalau tak silap, pada masa ni jugaklah enam daripada 10 orang blogger yang terpilih untuk Maxis10: HTC Desire S berada di Menara Maxis untuk menerima henpon HTC Desire S masing-masing. Tak dapat la nak hadir sama semasa sesi tersebut di saat kesibukan menghampiri klimaks.
3.15 petang, 26 April 2011, Selasa
Emel pemberitahuan mengenai penghantaran gajet Desire S yang telah pun dibuat. Menanti dengan berdebar bila bungkusan tersebut akan tiba ke sini.
12:28 tengah hari, 27 April 2011, Rabu
Mesej daripada pejabat Pos Malaysia UTP yang mengatakan ada bungkusan untuk saya. Kebetulan masa tu berada di blok 23 (bersebelahan dengan Kompleks Chancellor). Sejam dua yang lalu dah pergi tapi berlalu dengan hampa sebab takde lagi. Dah la call syarikat kourier tu tak berjawab langsung.
beliamuda: Kini, HTC Desire S telah pun berada dalam tangan saya. Nantikan entri pertama berkenaan HTC Desire S. Asalnya entri ni ditulis semalam lagi sambil tunggu Desire S sampai ke sini + Internet parah sangat sehingga ke pagi tadi.
Pingback: HTC Desire S : Handphone Percuma Dari Maxis | beliamuda {dot} com
Pingback: Bersua Muka Dengan @TianChad, Namun Tidak Bertegur Sapa | beliamuda {dot} com
Pingback: Smartphone Pertama: HTC Desire S