Batuk, Selsema, Demam dan H1N1: Makan Ubat Untuk Kurangkan Simptom

Salam sejahtera buat semua.

Fever

Sejak awal tahun ni, dah dua kali saya terkena batuk dan selsema yang berpanjangan. Sekali-sekala demam datang dikala suhu tubuh badan meningkat. Serius rasa sangat tak selesa bila selsema je memanjang. Hidung meleleh je dengan hingus yang cair.

Jijik, tapi kalau korang sendiri yang kena macam ni, nak duduk diam memang tak boleh la. Rasa nak baring dan tidur je. Kalau masa kena batuk tu lagi la. Tengah syok tidur pun boleh terjaga sebab tak tahan sangat nak batuk. Batuk kadang-kadang sampai rasa nak terkeluar anak tekak dan segala isi perut. Kalau tidur dengan orang lain macam di asrama, memang kesian kawan tu sebab terganggu je dengan bunyi bising kita batuk-batuk.

 

Makan ubat untuk kurangkan simptom

Batuk dan selsema. Memang selalu disebut bersama sebab saling berkait. Persamaannya, dua-dua melibatkan sistem respiratori ataupun sistem pernafasan. Kalau awal-awal tu kena selsema, peratus untuk batuk pun tinggi juga. Macam tu jugaklah sebaliknya.

Selsema disebabkan oleh jangkitan virus. Jadi, tiada antibiotik yang boleh dimakan sebab antibiotik hanya bertindak keatas bakteria. Bakal doktor, ahli farmasi dan doktor-doktor tolong sahkan fakta ni.

uabt batuk

Mama kata, masa saya kecik-kecik dulu, suka sangat tengok iklan ubat batuk cap ibu dan anak…

Jadi, kebiasaanya apabila korang terkena batuk dan selsema, doktor hanya mempreskripsikan ubat (baca: dadah) untuk mengurangkan simptom. Sebab tu la biasanya bila makan ubat batuk dan selsema ni rasa ngantuk. Ada je ubat yang tidak menyebabkan mengantuk, tetapi pada harga yang jauh lebih mahal.

Ubat demam yang biasa kita makan, paracetamol (baca: panadol) tu pun sejenis dadah jugak. Dimakan sekadar untuk mengurangkan rasa demam dan sakit yang dihadapi. Banyak juga mitos yang orang selalu sebut pasal panadol ni, macam tak elok untuk perut kalau selalu makan. Sejauh mana benarnya, saya pun tak tahu.

Jadi, kalau korang rasa boleh tahan dan tiada keperluan untuk tidak makan ubat yang bukan antibiotik ni yang sekadar untuk kurangkan rasa sakit dan tidak selesa, lebih baik tidak dimakan ubat tu.

Amaran: Ini bukan nasihat doktor, apatah lagi seorang pengamal perubatan. Baca dan kenali siapa saya.

 

Kes H1N1 timbul lagi

H1N1

Beberapa hari lepas, lecturer HRM tiba-tiba sebut yang ada seorang pelajar sekolah di Selangor menjadi mangsa H1N1. Terkejut la juga sebab ingatkan H1N1 ni dah lupus macam tu je. Sekali ada kes lagi. Kebetulan semalam terbaca dalam surat khabar, sudah ada tiga kes yang disahkan sejak awal tahun ni.

Seorang pelajar tingkatan empat di Kajang merupakan antara tiga orang yang meninggal dunia akibat H1N1 tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Utusan Malaysia

H1N1 dan selsema serta batuk. Sinonim sangat. Kalau dah asyik terkena je batuk dan selsema yang dah macam Influenza-like illness (ILI), risau la jugak kan. Kalau ada yang diluar sana yang ada simptom macam ni, jangan lupa untuk ke klinik dan dapatkan rawatan segera dengan doktor. Tak nak H1N1 tersebar macam dua tahun lepas lagi serta amalkan langkah-langkah pencegahan yang patut seperti memakai topeng penutup mulut.

 

beliamuda: selalu tak sihat semasa sibuk belajar ni sangat menganggu tumpuan dan semangat…

7 thoughts on “Batuk, Selsema, Demam dan H1N1: Makan Ubat Untuk Kurangkan Simptom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge