Salam sejahera buat semua.
Saya tak tahu dah berapa lama iklan promo Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 25) ni dah disiarkan di TV3. Tapi saya sempat tengok salah satu video promo ni. Lagipun, bukan selalu mengadap TV pun sekarang ni…
Seperti juga video promo edisi AJL 24, terdapat lebih daripada satu iklan komersil yang dihasilkan untuk edisi AJL kali ni. Watak dalam iklan AJL 25 juga menampilkan hos Juara Lagu yang sama iaitu Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.
Jom tonton dulu ketiga-tiga video promo AJL 25 yang bakal berlangsung pada 9 Januari 2011 ni…
Video Promo Babak 1
~1986~
Video Promo Babak 2
~1991~
Video Promo Babak 3
~2003~
Apa yang korang perasan pasal latar lagu yang mengiringi setiap video di atas? Dah ada jawapan?
Lagu latar yang ada dalam setiap video di atas adalah Juara Lagu pada tahun yang dinyatakan dalam setiap video tersebut.
Juara Lagu 1986 – Sekadar di Pinggiran oleh Francisca Peters
Juara Lagu 1991 – Takdir Dan Waktu oleh Mega
Juara Lagu 2004 – Rela Ku Pujuk oleh Spider (Yang ni pelik sikit. Kenapa ditulis 2003 sedangkan lagu tu Juara Lagu 2004?)
beliamuda: Ura-ura untuk Juara Lagu 2010 ni ramai nak Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku…
ku sokong pa ayusya gtau tu.. xkesah cpa yg menang or kalah,bkn kta untung n rugi pun. kta nh ja yg emosi sesgt..heheheee.. ilek la teman.