Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5)

Salam sejahtera buat semua.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59 daripada UMNO. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 22 Januari 2011

Tarikh Pilihan Raya: 30 Januari 2011

Fakta Berkaitan DUN Tenang

  1. Pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 (PRU 12).
  2. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
  3. 376 petugas telah dilantik sepanjang lapan hari tempoh berkempen.

PRK DUN Tenang

Demografi Pengundi DUN Tenang

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

  • 14,753 pengundi berdaftar.
  • 14,735 pengundi biasa.
  • 18 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

  • Melayu 47.54%
  • Cina 39.08%
  • India 12.07%
  • Orang Asli 1.16%
  • Bumiputera Sabah 0.04%
  • Bumiputera Sarawak 0.03%

Sumber: MalaysiaKini

beliamuda: Semoga PRK-14 ini tenang-tenang sahaja…

One thought on “Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5)

  1. Pingback: Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5) | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge