Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2010

Salam sejahtera buat semua.

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2010/2011 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tawaran permohonan biasiswa JPA bagi Politeknik untuk Sesi 2010/2011 akan mula dibuka mulai 27 Julai.

Bidang Tajaan

Semua bidang diperingkat diploma yang ditawarkan di Politeknik bagi sesi 2010/2011.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2009/2010 atau pada bulan Julai sesi 2010/2011
  5. Pelajar SPM lepasan 2008
    • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
    • Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain
  6. Pelajar SPM lepasan 2009
    • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian C dalam Bahasa Melayu
    • Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain

Calon yang tidak layak memohon:

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  2. Elaun buku RM400 setahun
  3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  4. Elaun kertas projek RM150 setahun
  5. Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.

Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.

Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.

Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.

Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA Sesi 2010/2011 mulai 27 Julai 2010.
  2. Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar di laman Portal eSila JPA untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
  3. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  4. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  5. Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”.
  6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 2 Ogos 2010.

Pertanyaan

  1. Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541, 03 8885 3552 atau emel kepada esila@jpa.gov.my.
  2. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi Syarat-syarat Permohonan Program Biasiswa Politeknik 2010 dan di laman laman Portal eSila JPA atau laman web JPA.

beliamuda: Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Comments

28 responses to “Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2010”

  1. mazia Avatar
    mazia

    hye..new here.. erm..cepat jugak dpt taw.. i selalu bukak lmn web jpa..tapi xda gi.. thx for the info..

    1. beliamuda Avatar

      @mazia, sama-sama.

  2. nazrin Avatar
    nazrin

    admin..mcm maner nak dapatkan password uh??…sy da pergi kat site e-sila….takder link utk dptkan passworh tue pown??…plik??

    1. beliamuda Avatar

      @nazrin, kena daftar dulu, baru dapat password tu. kalau tak daftar, memang tak dapat la.

  3. cuz Avatar

    lama dah tak dengar pasal JPA ni..makin banyak plak diorg bagi biasiswa yer..dulu aku dapat rm7000 jer setahun..huhu
    ape² pun gudluck pada yang bakal memohon JPA ni..bukan senang nak dapat tetapi senang² je diorg tarik balik…

    1. beliamuda Avatar

      @cuz, tu la. nak dapat susah, tapi kalau dah tak menepati perjanjian biasiswa, senang2 je diorang akan tarik balik.

  4. met Avatar
    met

    cm na nk dpt num password??

  5. nadia Avatar

    ermmm kalo lpasn sijil nk apply untuk biasiswa for dip kat poli xbolh kew

    1. beliamuda Avatar

      @nadia, boleh je. asalkan memenuhi syarat2 di atas.

  6. siti nur amira (myra) Avatar

    salam..
    saya siti nur amira bt.shahurin..
    saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran di politeknik..
    sebelum ini saya telah memohon untuk biasiswa bg sesiapa yg melanjutkan pelajaran di politeknik..
    tapi harap untuk dapat biasiswa tersebut hampa..
    saya ingin tahu mengapa saya ditolak dAripada pemohonan tersebut..

  7. ieka Avatar

    saya nak tanya la,,,,,kalau dapat biasiswa jpa kena kekalkan poiter berape yer…..kalau pointer menurun adakah biasiswa akan ditarik balik

    1. nuratikah Avatar

      @ieka,salamualaikum nk tanya bila biasiswa akan dibayar…saya pelajar politeknik

    2. nuratikah Avatar

      asalamualaikummmm saya pelajar politeknik ingin bertanya bilakah pembayaran biasiswa akan dibuat ke dalam akaun bank….adakah mengambil masa yang lama

    3. nuratikah Avatar

      asalamualaikummmm saya pelajar politeknik ingin bertanya bilakah pembayaran biasiswa akan dibuat ke dalam akaun bank….adakah mengambil masa yang lama..(tolong balas dalam kadar segera)

  8. adam Avatar
    adam

    tumpang tnya..bila permohan biasiswa ni akan dibuka semula??

  9. cutestgurl Avatar
    cutestgurl

    salam…sy nak thu. sy plajar tahun ketiga (sem 6)di politeknik tak boleh mendaftar ke???

  10. shafiq Avatar
    shafiq

    biasiswa disember10 tak keluar lagi ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge