Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2010

Salam sejahtera buat semua.

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2010/2011 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tawaran permohonan biasiswa JPA bagi Politeknik untuk Sesi 2010/2011 akan mula dibuka mulai 27 Julai.

Bidang Tajaan

Semua bidang diperingkat diploma yang ditawarkan di Politeknik bagi sesi 2010/2011.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2009/2010 atau pada bulan Julai sesi 2010/2011
  5. Pelajar SPM lepasan 2008
    • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
    • Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain
  6. Pelajar SPM lepasan 2009
    • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian C dalam Bahasa Melayu
    • Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain

Calon yang tidak layak memohon:

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  2. Elaun buku RM400 setahun
  3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  4. Elaun kertas projek RM150 setahun
  5. Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.

Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.

Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.

Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.

Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA Sesi 2010/2011 mulai 27 Julai 2010.
  2. Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar di laman Portal eSila JPA untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
  3. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  4. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  5. Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”.
  6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 2 Ogos 2010.

Pertanyaan

  1. Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541, 03 8885 3552 atau emel kepada esila@jpa.gov.my.
  2. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi Syarat-syarat Permohonan Program Biasiswa Politeknik 2010 dan di laman laman Portal eSila JPA atau laman web JPA.

beliamuda: Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda.

28 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2010

  1. asalamualaikum saya nuratikah sulaiman pelajar politeknik…. saya nk tanya bila pembayaran biasiswa akan dibuat kpada pelajar yg mendapat tawaran biasiswa jpa 2009/2010

  2. assalamualaikum,saya pelajar politeknik.saya ingin menanyakan bile agaknya biasiswa jpa akan bank inkan kedalam akaun bagi pengambilan 2010 dan 2011

  3. boleh saya tau x bila lagi permohonan biasiswa politeknik dibuka. saya masuk politeknik ambilan disember2010.permohonan jpa da tutup

  4. Assalamualaikum, saya pelajr politeknik..sy semster 4 sdang
    praktikal. SYARAT TAK LAYAK MOHON 2 TAHUN DAN KEATAS. x layak ke saya mohon biasw jpa???????????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge