Salam sejahtera buat semua.
Baru-baru ini Times Higher Education-QS World University Rankings telah mengeluarkan senarai kedudukan 200 universiti di Asia untuk tahun 2010. Ranking penuh ini boleh dirujuk di laman Top Universities.
Berikut adalah petikan berita yang diambil daripada Malaysiakini:
Senarai Asia: UM, UKM terus jatuh
Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.
Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.
UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.
Bagaimanapun Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.
Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.
Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology.
National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.
Mengikut ranking ini, berikut adalah susunan kedudukan universiti di Malaysia untuk tahun 2010 (yang terdapat dalam senarai ranking 200 universiti Asia):
- Universiti Malaya (UM) – 42 (180)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – 58 (291)
- Universiti Sains Malaysia (USM) – 69 (314)
- Universiti Putra Malaysia (UPM) – 77 (345)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – 82 (320)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – 151
Daripada senarai universiti di atas (semua IPTA), tiada satu universiti pun yang berada dalam senarai 100 universiti teratas di dunia. Lihat senarai kedudukan 100 universiti di dunia (tahun 2009).
beliamuda: UTP di mana ya? ~_~
haha…napa UIA jauh sangat tuhhh…erkkk
.-= AIN´s last blog ..Siapa cikgu paling ‘sporting’ saya ? =-.
wahh ! not bad jugak UTM
.-= dawy´s last blog ..Akademi Fantasia 8 – Cadangan && Pujian =-.
uish.. tokyo university pon jatuh?! selama nih ak ingat universiti ni lah no 1 kt asia~
.-= kyo_9´s last blog ..CL finale 09/10 =-.
Hehe…..UM still the best!
Dulu sebelum masuk UM tak seronok rasanya dapat UM sebab UM ada 2 huruf saja. U lain ada 3 atau lebih huruf. Pelik tapi ajaib…
.-= sawang´s last blog ..Filem Traitor (2008) – Taqiyya dan suicide bomber. =-.
@sawang, UM kan uni terawal di Malaysia.
yeay!! UPM no 77..hehe.bangge menjadi warga UPM
.-= Syamil´s last blog ..Peristiwa hujung minggu =-.
Pergh, camner diaorang wat ranking ni eah, diaorang tengok jumlah penerbitan penyelidikan ke?
.-= amirulfaiz´s last blog ..Coklat buatan rumah (homemade) diiklankan. =-.
@amirulfaiz, ada beberapa kriteria yang digunakan. kriteria ni ada dimaklumkan dalam laman web Top Uni tu.
UTP go UTP go!
haha…
sori spam kt sini jap 😀
.-= kuyam´s last blog ..Who’s this charming guy? =-.
hidup UKM….hahahaha
.-= diea´s last blog ..selamat tinggal nota+buku =-.
kawan aku budak UM dulu ada bagitau kenapa UM pernah dapat no 83 tahun 2004 tu. lecturer UM kan ada yg melayu, cina dan india. THES tu ingat lecturer cina dari China n lecturer india dari negara India. padahal dorg sume malaysian. so mata untuk lecturer international UM tinggi la sikit masa tu. so no wonder la tetibe UM turun tetibe sbb THES dah tau pasal tu. lol
.-= Amir´s last blog ..Musim Luruh di Melbourne =-.
@Amir, haha. alasan yang sangat best.
selagi utp hanya ada engineering yang major je,selagi tu la tak masuk ranking..
@Wan Pai, hmm.. mungkin juga kan, sebab uni lain semuanya ada banyak fakulti.