Salam sejahtera buat semua.
Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ambilan kedua dan calon rayuan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 untuk .
Cara Semakan
- Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 untuk Ambilan Kedua boleh disemak dengan dua cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 760704085973 dan hantar ke 15888.
- Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 untuk Calon Rayuan boleh disemak dengan dua cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAR (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAR 960704085973 dan hantar ke 15888.
Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 untuk ambilan kedua dan calon rayuan.
tahniah kepada mereka yg berjaya… XD
.-= Pisyek´s last blog ..Pasca WordCamp Malaysia 2010 =-.
@Pisyek, terima kasih.
Kenapa orang Johor dihantar ke Kolej Matrikulasi Kedah manakala orang Kedah dihantar ke Kolej Matrikulasi Johor?Kenapa perkara ini boleh berlaku pada orang bukan bumiputera?
@RJ, perkara ni berlaku kepada semua orang. saya dari Kelantan. Dapat tawaran ke Perak. Ada kawan saya yang dapat ke Kedah, Johor, Penang dan mana2 lagi. Tak kiralah asal dari mana. Memang semua tak terlepas untuk dihantar ke man2 pun.
klau hanya sekadar lulus mat and addmat..
tpi subject aliran sians lain dapat ok(b+ keatas)..ley xapply matrik sains?
na bt pemohonan kedue amcm? kne isi borg k cmne? tlg2. png sudaa. ap wed dier. adoi
@aon, semua pasal matrik ada di web KPM Matrikulasi tu. Boleh juga berhubung terus dengan pihak Bahagian Matrik.