Salam sejahtera buat semua.
Sesi matrikulasi 2009/2010 telah berakhir baru-baru ini selepas peperiksaan semester 2 berakhir. Kini, pelajar matrikulasi sesi 2010/2011 telah pun memulakan sesinya mulai 10 Mei tempoh hari.
Berkenaan peperiksaan semester 2 tempoh hari, keputusan peperiksaan semester 2 tersebut bakal diumumkan tidak lama lagi. Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan melalui beberapa cara. Sila baca dengan teliti di bawah.
Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 2 Program Matrikulasi
Para pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan semester 2 sesi 2009/2010 mulai jam 10 pagi 18 Mei 2010 (Selasa).
Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 2 Sesi 2009/2010
Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester 2 sesi 2009/2010 ini boleh disemak melalui beberapa cara seperti yang dinyatakan di bawah:
- Secara Dalam Talian (Online)
- Di laman web Kementerian Pelajaran bahagian e-Perkhidmatan (Aplikasi Dalam Talian) Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
- Sila taip MOE MAK <no kad pengenalan> dan hantar ke 15888
Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
- Sila taip MOE MAK <no kad pengenalan> dan hantar ke 15888
- Secara Telefon
- Sila hubungi Kolej Matrikulasi masing-masing, atau
- Hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03 8884 4022
beliamuda: Tahniah kepada pelajar lepasan matrikulasi yang berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan semester 2 sesi 2009/2010. Jangan lupa untuk permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan matrikulasi.
aduuii. nevesnya
takotnya…
keputusan sememter matrikulasi boleh disemak melalui sini:
http://apps.emoe.gov.my/matrik_keputusan/
btol ke x ni?
dah baca terus berdebar2 tggu esok…argh….takutnya…
syukur…..lulus jgk hahahaha
wei…wei… bangunla… solat sbh… result da leh check…..hahahahah lawak3
@putra medic, cmne nk check??