Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Bagi Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada para pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang dibuka dalam bulan Disember tahun lalu dan ditutup pada Januari 2010 sudah boleh membuat pengemaskinian permohonan dalam Fasa 2.

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini adalah untuk lepasan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Asasi Universiti Teknologi Mara (Asasi UiTM) yang baru mendapat keputusan peperiksaan semester akhir mereka. Ini bagi memberi peluang pelajar yang berkenaan untuk mengemaskini permohonan Fasa 1 mereka agar selaras dengan keputusan akhir semester.

Pengemaskinian Perrmohonan

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini sama seperti Permohonan Fasa 1 dahulu iaitu;

  • Melalui UPU – Permohonan ke semua IPTA kecuali USM
  • Melalui USM – Permohonan ke USM sahaja

Kemaskini Fasa 2 ke UPU

Kemaskini Fasa 2 ke USM

  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 untuk Universiti Sains Malaysia (USM) perlu dibuat melalui laman web Pohon USM.
  • Tempoh membuat kemaskini adalah mulai 18 Mei 2010 sehingga 20 Mei 2010.
  • Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini hanya terbuka untuk mereka yang telah membuat permohonan semasa Fasa 1 sahaja.

Tarikh Tutup

Pengemaskinian Permohonan Fasa 2 ini akan ditutup seperti berikut:

  • UPU – 23 Mei 2010
  • USM – 20 Mei 2010

Maklumat

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada;

  • UPU di Hotline : 03-8883 5858 atau Helpline : 03-8883 5848 atau Talian Am : 03-8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
  • USM di talian 1300 888 876 atau faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my

beliamuda: Diolah semula daripada ePutra.

Comments

42 responses to “Permohonan Fasa 2 Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Bagi Lepasan Matrikulasi Dan Asasi”

  1. emma Avatar
    emma

    nk taw dpt ke x msk u ble ye??bln 6 nt ke??

  2. emma Avatar
    emma

    kalu sape2 taw ble kuar kptsan kmasukan ke ipta ataw cam mane nk wat rayuan,please tell me oke…

  3. ropi Avatar
    ropi

    apakah tarikh sebenar permohonan upu fasa 2?..klau 18 mei knape xde lg..

  4. bHaday Avatar
    bHaday

    saya try bukak link fasa 2 utk lepasan matrikulasi tu..tapi error la plak..nape ek?usm saya dah check..upu ni ha,,payah sangat..sebab link sibuk ke?

    1. gyiem Avatar
      gyiem

      @bHaday, saye pun cam tu jugak la…usm boleh kemaskini tapi upu dari hari tu try x boleh2 jugak….bile saye search result’y not found….mr.admin tolonglah kitorunk…lagipun tarikh ttp da nk dekat an…..

      1. beliamuda Avatar

        @gyiem, UPU ada masalah masa tu. Diorang tgh pindah.

    2. beliamuda Avatar

      @bHaday, UPU tgh pindah masa tu.

  5. hani Avatar
    hani

    saya ktinggalan untuk memohon fasa 2 atas sebab tertentu. tp saya dah isi fasa 1. macam mana eh? still boleh dapat tak? fasa 2 wajib ye?

    1. beliamuda Avatar

      @hani, kalau tak silap, anda harus membuat kemaskini semasa fasa 2. saya tak pasti sama ada anda masih ada peluang untuk dapat atau tak.

  6. zan Avatar
    zan

    Asalamkum..nk tny..
    kte xsmpat isi fsa 1..cmna ae?
    lyak x klu nk isi fsa 2?..

    1. beliamuda Avatar

      @zan, Boleh.

  7. yaya Avatar
    yaya

    salam,, nak tanye.. semakan keputusan upu fasa 2 keluar bila???..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge