Pasca Piala Thomas 2010: Malaysia Perlukan Muka Baru

Salam sejahtera buat semua.

Piala Thomas 2010

Selepas berakhirnya saingan Malaysia dalam Piala Thomas 2010 apabila tumpas di peringkat separuh akhir selepas kalah kepada China, pastinya ramai yang akan mula memperkatakan kelemahan dan kekurangan skuad negara kita.

Tidak kurang juga yang mula memberikan solusi kepada permasalahan dalam skuad negara, suatu yang biasa dalam industri sukan negara kita. Ramai yang sayang badminton sebab ini adalah salah satu daripada sukan yang kita mampu kuasai berbanding sukan lain seperti bola sepak dan olahraga.

Kelamahan yang paling nyata dalam skuad badminton negara kita ialah kekurangan pelapis yang mampu untuk mengganti pemain sekarang.

Selepas penantian selama 18 tahun pasukan negara gagal menghadiahkan Piala Thomas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu berani mengorak langkah drastik dengan menonjolkan pemain muda bagi menggantikan barisan yang ada sekarang.

Apakah kita tiada pelapis dalam badminton? Jawapannya ada. Cuma ianya masih belum diketengahkan dan diasah oleh kerana kebergantungan kepada pemain sedia ada. Namun, pemain sedia ada pun dah semakin lanjut usianya (lanjut daripada segi kercergasan dalam sukan).

Sampai bilakah Malaysia mahu terus bergantung dengan Datuk Lee Chong Wei yang kini berusia 28 tahun, Wong Choong Hann (33) dan Muhd Hafiz Hashim (28)?

Kecuali Choong Hann yang menyatakan edisi Piala Thomas tahun 2010 ini merupakan penampilan terakhirnya dalam kejohanan berprestij itu, adakah Malaysia mahu terus bergantung kepada Chong Wei dan Muhd Hafiz, yang masing-masing akan berusia 30 tahun, dalam edisi dua tahun lagi?

Disebabkan pemain muda di negara kita kurang diasah, ramai melihat yang skuad Malaysia sedang ketandusan pemain yang berkaliber. Di sekolah sukan, pastinya ada pelajar yang dilatih khas untuk badminton. Jadi, bagaimana dengan golongan ini?

Pemilihan Choong Hann yang membuat kemunculan keenam dalam kejohanan berprestij ini memberikan petanda Malaysia ketandusan pemain perseorangan berkaliber yang mampu memberikan saingan peringkat tinggi.

Kesimpulanya, pemain pelapis perlu dilatih mulai sekarang.

“Kena bangunkan pemain muda. Tiada pilihan, kena naikkan barisan pelapis secepat mungkin bagi mengisi barisan utama Malaysia,” Rashid Sidek.

beliamuda: [1] Semangat cakap pasal badminton sebab sejak awal sem ni selalu je main badminton dengan rakan-rakan. [2] Anak-anak kepada adik-beradik Misbun-Razif-Jalani-Rashid ni tak main badminton ke? [3] Petikan adalah daripada berita Utusan Malaysia Online.

9 thoughts on “Pasca Piala Thomas 2010: Malaysia Perlukan Muka Baru

  1. huhu.. aku rasa bukan senang nak membentuk pelapis..
    tapi usaha perlu dilakukan.. kegemilangan sukan badminton semacam semakin pudar.. ayuh malaysia! huhu..

    *aku still tak berapa nak menyalahkan team china, diorang memang bagus.. so kita kena baguskan lagi dari dorang lah!
    .-= menteil´s last blog ..Sikap Terlalu Bergantung =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge