beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Selamat Hari Lahir yang ke 47, Abah

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

abah-n-mama

Hari ini, 8 Mei 2009, genaplah umur Abah 47 tahun.Aku memang sentiasa ingat tarikh lahir Abah. Tapi, aku tetap juga setkan dalam telefon bimbit sebagai reminder. Tepat jam 12 malam, 8 Mei, telefon bimbitku berbunyi. Aku terfikir-fikir ayat yang akan diucapkan kepada Abah. Namun, perasaan segan lebih banyak menyelubungi diri aku. Bukan apa, Abah merupakan orang yang jarang sekali bercakap perkara-perkara sebegitu. Akhirnya, aku nekad juga untuk menghantar mesej kepada Abah.

image000

Salam hari lahir yang ke 47 untuk Abah. Tok tubik makan mana-mana ke malam ni?

Satu sms dihantar. Aku tertunggu-tunggu apakah yang akan dibalas oleh Abah. Abah memang seorang yang tegas. Jarang sekali dia berjenaka dengan anaknya. Kalau ada sesuatu untuk diminta, memang kami semua akan minta melalui Mama. Cuma, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aku lihat Abah sudah jadi semakin sporting. Terutama sekali dengan adikku yang paling kecil, Syafiq. Aku masih ingat lagi ketika kecil dulu. Aku pernah memecahkan satu baldi. Mama menyuruh aku meminta maaf dengan Abah. Tapi, aku sangat takut dan membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Kalau fikir balik, senang sangat sebenarnya nak minta maaf.

Tidak berapa lama kemudian, aku terima sms balasan daripada Abah. Aku tersenyum girang dengan sms itu. Ayat yang cukup ringkas tapi sempoi. Aku balas mesej itu dengan hati yang sangat berbunga-bunga. Pesanan yang selalu Abah berikan banyak datang terlintas dalam kepala aku. Dan sepanjang malam ini, hati aku berasa senang dan lapang sekali.

beliamuda: tak sabar nak balik rumah… Hogar, dulce hogar~~

08

May
2009
Masa: 22:00

14 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. Pencinta naga

    HOME SWEET HOME….

    [Reply]

  2. tak sabar nak balik rumah… jangan lupa exam week dah esok lusa je..

    [Reply]

  3. saya ana kamek

    huhu..baru perasan paras rupe ko banyak ambik ayah ko.. boleh masuk pertandingan wajah serupa tapi x same ni =P. all the best final!

    [Reply]

  4. Gambar Abah masa zaman remaja dulu lagi smart…

    all the best juga untuk final~~

    ~~anak Abah kot

    [Reply]

  5. erm…
    5 may ari tuh genap umur bapak aku 50..
    tapi aku tak wish pun..
    sebb aku gado ngan die..
    aku takdelaa mara ag ngan die..
    tapi segan nak wish..
    sebelum nih aku pernah sms sekali wish besday sekali kat die..
    ……..

    [Reply]

  6. Ko dah minta maaf blom?
    Asalnya, aku pun segan nak wish.
    Tapi, aku ni dah makin besar.
    Perlu bersikap lebih matang.
    Lagipun, suatu masa nanti aku pulak yang akan jadi Abah…

    [Reply]

  7. xbek mara ngn parents lme2..
    Allah x suke..

    [Reply]

  8. bangge ngan nipi coz brani wat cm2
    aku pn ade situsasi yg hampir same
    so cm ko ckp r, kne jd lg matang..
    nnt kte plak nk jadi ayah, mst kte harapkan ank kte wish besday kt kte gak..
    kn2
    ^_^

    [Reply]

  9. betul tu Sap…

    (*_*)v

    [Reply]

  10. penaberkala

    buah jugok mu dih maso kecik2
    pecoh bledi2

    bagus2..
    nipi anak yg baik,hoho

    fulamak sap..
    berfikiran jauh tuh

    [Reply]

  11. selamat hari jadi pakcik.. hehe
    fuh anak yg baik gak ko ni… hoho

    [Reply]

  12. biasa la..masa kecik, nakal sikit2 jah.. haha..
    besar2 pun, nakal jugok.. pun sikit2 jah…

    (T_T).. saya nak jadi anak yang soleh…

    [Reply]

  13. aku sokong…kita selaku anak laki..segan nak wish2 ni..lagi2 kalau ngan bapak…

    maklumlah kan..masa kecik, rotan adalah sahabat baik kita kan..kehulu ke hilir bapak kejar ngan rotan… so mana tak cuak ngan bapak,…

    tapi tu la…bila dah besar… atmosfera dah berubah…huhuhu

    hari ayah nanti, kita wish kpd rumate la…. bakal bapa…

    [Reply]

  14. Aku tahu ko memang bakal menjadi bapa tak lama lagi.. agak2 la, bape lama lagi sebelum ko dapat jadi bapak?
    (^_^)v

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Dedikasi Buat Abah dan Sambungan Sebuah Persoalan | beliamuda {dot} com 08 05 10

Komen anda

CommentLuv diaktifkan