(Aeman) Buatmu Ibu – Kisah Seorang Anak

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Along dirotan lagi pada hari tersebut. Namun, kali ini lain sikit dia dirotan ibu. Lebih kuat daripada biasa. Barangkali ibu marah sangat dengannya yang telah menumbuk anak pengetua di sekolah tadi. Along berasa sangat sedih dengan tindakan ibu, tapi dia tahu, itulah sahaja ibunya.

Seminggu berlalu, ibu masih lagi dingin dengan Along. Along cuba untuk berbuat baik dengan ibu hari ni, namun Atih terlebih dahulu datang menolong. Tanpa disangka, dia terdengar satu perbualan mengenai Angah dan Alang. Pertanyaan daripada Atih sangat meruntun hatinya.

Akhirnya, Along mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah selama seminggu untuk bekerja dan menenangkan fikiran. Dia bekerja di bengkel Abang Joe dengan upah RM15 sehari.

Dia sebenarnya bercadang untuk menghadiahkan ibunya dengan jubah sebagai hadiah hari lahir ibunya. Pengakhiran cerita yang menyedihkan. Suatu cerpen ringkas tentang kisah seorang ibu dan anaknya. Anda boleh bacanya di sini; Jubah Buat Ibu.

*****

Kisah diatas pernah dimasukkan dalam salah satu entri untuk lagu Aeman – Anak Soleh. Bersempena dengan Hari Ibu hari ini, saya siarkan lagu Aeman – Buatmu Ibu. Lagipun, dah lama saya tidak masukkan entri yang ada lagu ni.

Saya sarankan pembaca untuk membaca kisah penuh di atas sambil mendengar lagu ini. Renungkan kembali pengorbanan seorang ibu dan fikir-fikirkanlah apa yang telah kita buat dan akan lakukan nanti.

*****

Lirik lagu Aeman – Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku
Untukmu ibu

Ulang rangkap 4 dan 5

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…

12 thoughts on “(Aeman) Buatmu Ibu – Kisah Seorang Anak

  1. hargailah setiap senyuman manis ibumu, hargailah
    setiap titis darah ibumu yg mengalir semasa melahirkanmu, hargailah
    setiap keperitan yg ibumu alami semasa bergelut ketika melahirkanmu,kita
    akan kosong tanpa dia, maka sentiasalh kita menjadi anak yg soleh dan solehah…..insyaAllah….
    .-= syedhazmie´s last blog ..Musuh utama negara: DADAH!!!!!! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge