Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

Salam sejahtera buat semua.

Info pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor:

Pilihan Raya Kecil P.94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 26 Mac 2010. Pecahan daftar pemilih seperti di bawah:

Jumlah pemilih berdaftar: 64,500 orang

Jumlah pemilih biasa: 63,701 orang

Jumlah pemilih pos: 799 orang

Sumber: Laman Web SPR

Jumlah pusat mengundi: 48 pusat melibatkan 47 sekolah dan dewan masyakat

Jumlah saluran mengundi: 136 saluran

Keputusan PRK Hulu Selangor
Sumber: Utusan Malaysia Online

*****

Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

6:00 Petang: PKR – 22 MIC – 15

6:20 Petang: PKR – 858 MIC – 1206

6:30 Petang: PKR – 3150 MIC – 3883

6:50 Petang: PKR – 4500 MIC – 4891

7:00 Petang: PKR – 7162 MIC – 6063

7:20 Petang: PKR – 9133 MIC – 7261

7:40 Petang: PKR – 17554 MIC – 19067 (kicauan KJ)

8:30 Petang: PKR – 22986 MIC – 24669 (kemungkinan BN menang)

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Datuk Zaid Ibrahim Parti Keadilan Rakyat 22986
2 P Kamalanathan Malaysian Indian Congress 24669

Sumber: Perisik Rakyat dan Malaysiakini

*****

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor P94

Pukul 9:11 malam, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah keputusan rasmi PRK Hulu Selangor. Tahniah kepada rakyat yang menang PRK kali ni. ^_^

BN – 24,997 || PKR – 23,272 || Majoriti -1,725

PRK Hulu Selangor 2010
Sumber: Malaysiakini

105 thoughts on “Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

  1. Barisan Nasional hanya pandai bermain kata2 sewaktu pilihanraya…mcm2 yg dijanjikan dan kesudahannya rakyat yg teraniaya walaupun pangkah BN…projek mee segera bagaikan menjadi adat BN menjelang pilihanraya..SPR pak turut BN…marilah kita semua menolak BN menjelang PRU yg akn datang..beri peluang PR membuktikan kemampuan mereka..memerintah negara mahupun negeri bkn lah mengambil masa yg singkat..perlu menanggung hutang BN yg hnya mengisi perut sendiri tanpa memikirkan rakyat..ALLAHUAKHBAR!!!

    • @redbull,
      peluang da dberi.. tapi xterbukti..
      pru yg lalu, jnji da mcm2, xjugk tlaksana..
      modal jtuhkn reputasi org lain, camner nk tawan hati pngundi..
      mane yg hati gelap, bleh la ikut, yg jernih,, boleh pikir mane yg baik..

      • @bjooe,
        mcm mna nk buktikn kalau kerajaan pusat menyekat mcm2 dana utk negeri2 PR???…negeri2 yg dahulunya BN kini milik PR trpaksa menanggung beban yg dibuat oleh BN..bkn mudah memerintah sesebuah kerajaan, perlu masa yg lama untuk menanggung blk kos2 yg lepas…byk manisfesto PR tdk dpt dibuat untuk selesaikn hutang2 rasuah BN..5O tahun Malaysia milik BN dan tdk byk yg dibuat utk rakyat…buka mata kaji yg lepas dan beri peluang PR membuktikannya pd PRU 13…bknnya melihat dunia politik sekarang yg byk penipuan oleh media2 massa….jgn terpedaya dgn arus politik sekarang….kita sebagai rakyat malaysia perlu melihat pembangunan malaysia suatu perkara yg serius yg memberi manfaat utk rakyat masa depan….BN berhak menjanjikan brmcm2 projek utk rakyat disebabkan dana yg ada pd mereka tp byk mna projek2 yg dijanjikan akn dilaksanakan siap spnuhnya????..ataupun runtuh mcm kompleks sukan d terengganu???…yakinkh anda dgn projek2 mee segera BN???..BN pndai bermain projek utk rakyat tp yg akn dilaksanakan nti mgkn x mencapai tahap 100%…bkn projek utk rakyat tp projek mengenyangkan kroni2 mereka..renung2kan dan beri peluang utk PR

  2. Aku anak tempatan hulu selangor..
    Situasi politik kat sini aku paham sangat dah..
    Sblom ni PR da di beri peluang..
    Rakyat da bukak mate…
    Dua2 parti aku da join..
    Ape yang penting skarang ni adelah rakyat & keamanan..
    No body perfect..
    Jadikan pekare yg lepas sebagai teladan or pedoman
    politik tetap koto..
    Ape yang penting skunk ni adelah hak rakyat..that all…tq

  3. Tahniah kpd pemenang..
    Ini membuktikan pengundi mahukan perubahan di tempat mereka.
    Juga membuktikan pimpinan yg lame xberape berkesan..

  4. dah tabor banyak dah…
    dah guna semua sumber media yang ada
    dah buang pengundi…
    Menang malu…
    Tak menang lagi malu….
    Tapi kalau setakat majoritiseribu lebih….dan dibandingkan dengan semua yang di atas tu… aku rasa sebenarnya orang hulu selangor… pikir sendirilah

  5. Politik SANGAT KOTOR!
    Aku sendiri tak yakin kalau aku berada di tempat orang politik ni macamana?!@# Mungkin aku lebih teruk.Godaannya banyak. Dalam dunia kita pada hari ini…. TAK ADA orang yang buat sesuatu dengan ikhlas…MESTI ada corner. Kepada SEMUA PEMIMPIN ISLAM di Malaysia…. INGAT!!!!!!
    KIAMAT itu PASTI TIBA!!!!!!
    AKHIRAT itu BENAR!!!!!!!
    Aku akan tarik KALIAN SEMUA KE NERAKA andai aku ke sana!!!!

  6. Apa yang kau orang gaduh2 ini PR dan BN tu jenama je. seperti team bolasepak Asenal dan MU.Kalah menang pasukan nya bergantung pada pemainnya pandai ke tak pandai. Tipu jatuh pun boleh dapat palnati.Kalau rasuah pemain sendiri dan pihak lawan pun boleh menang. Bezanya dlm bola sepak, rakyat yg sokong bayar harga tiket. Selesai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge