Bukan Diri Aku Yang Sebenarnya

Salam sejahtera buat semua.

topeng manusia

aku bukan bisu, cuma aku berdiam diri.

aku bukan buta, cuma aku menutup mata.

aku akan kembali hidup semula bila tiba masanya….tapi bukan bermakna aku mati sekarang ini.

Tulisan ni dah lama ada di profil Facebook saya. Berada di sudut yang entah berapa ramai sebenarnya yang baca…

*****

Hari Kedua EDX (dan juga hari terakhir)

Sepanjang hari ni, tak tunggu pun di booth ETP16. Selepas kelas di awal pagi, terus ke Chancellor Hall untuk dengar Public Lecture daripada Tun Mahathir, Chancellor UTP yang bertajuk “Beyond Vision 2020”.

Tun-M-di-UTP

Antara poin-poin yang saya rasakan menarik dan telah dikicaukan:

1. “Bank used to cheat. They lend money that they didn’t have.”

2. “USA run their country using borrowed money.” Tun sebut pasal ekonomi. Beliau menyatakan tentang keadaan ekonomi sekarang, terutamanya Malaysia yang banyak bergantung kepada AS dan Eropah, sedangkan kuasa baru ekonomi sedang pesat membangun sekarang ini adalah China dan India. Katanya, AS mengeluarkan 3 Trillion untuk atasi krisis tempoh hari tanpa wujudnya duit itu secara nyata (kredit semata-mata), sama macam bank.

3. “We have become boarderless. People easily cross the boarder.” Sebut pasal globalisasi, keadaan demografi di sesebuah negara semakin berubah. Mungkin suatu hari nanti (pada masa depan), penduduk majoriti di sesebuah negara akan menjadi minoriti dengan kehadiran penduduk asing, terutamanya dari China (1.3 billion penduduk) dan India (1 billion penduduk) dan dua negara ini sahaja yang mungkin akan terus kekal keadaan demografinya.

4. “One mile square land in Perak has been used to bury nuclear waste. Where? Secret!” Tun yang cakap dan dia tak ulas panjang mengenai hal ni.

5. “Tun makes fun of environmentalist…” Pasal hal ni, Tun mengkritik sikap environmentalist yang keterlaluan dalam menghalang pembangunan. Tun bukan bercakap dalam nada serius, tapi kelihatan agak sinikal.

6. Dan sesi soal jawab berkaitan keadaan politik semasa dan isu pendidikan (soalan terakhir dan juga yang ditulis laporan BERNAMA).

beliamuda: EDX 25 berakhir dengan majlis penutup petang tadi dan ETP 35 berjaya menggondol pingat Perak. “U rox,” Kuyam… ^_^

18 thoughts on “Bukan Diri Aku Yang Sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge