Dedikasi Buat ETP 35 Dalam Rakaman Gambar

Salam sejahtera buat semua.

ETP 35, UTP

~Ini adalah entri dedikasi buat ETP 35~

Dengar sahaja Engineering Team Project (ETP), pasti pelajar-pelajar UTP (Third Year Engineering) akan berasa susah hati. Manakan tidak, subjek ini banyak menelan masa dan tenaga. Kena buat projek kejuruteraan yang menggabungkan semua disiplin kejuruteraan yang ada di UTP (matlamat asal ETP).

Pengagihan kumpulan telah dibuat beberapa minggu sebelum bermulanya semester Januari 2010. Masing-masing pasti nak tahu siapa yang bakal sama-sama menanggung beban ETP ni.

ETP 35, itulah kumpulan ETP saya. Saya sudah kenal sedikit sebanyak ahli kumpulan saya sebelum ini, kecuali seorang kakak yang misteri. Jom berkenalan dengan mereka.

ETP 35, UTP
Saya, Rahman, Kana, Izzwan, Kuyam, dan Mado

  • Kana (Ketua ETP35 daripada Kejuruteraan Petroleum)
  • Izzwan (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Rahman (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Kuyam (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
  • Mado (kakak misteri, Kejuruteraan Kimia, sama course dengan saya)

Tiada pelajar daripada Kejuruteraan Awam, tetapi Supervsior kami, Ir Idris Othman adalah daripada Kejuruteraan Awam. Sempoi orangnya. 🙂

Jom layan gambar yang berjaya dirakam.

ETP 35, UTP
Cuba teka apa yang dipegang tu? (bukan alat elektronik ya)

ETP 35, UTP
Semua sedang sibuk pada malam-malam terakhir. Saya? Ada tugasan lain.

ETP 35, UTP
Semua sedang “tekun” mendengar penerangan terakhir sebelum Pre-EDX esoknya

ETP 35, UTP
Selepas “ditembak” dalam penilaian Pre-EDX, bersama prototaip dan poster (100% hasil tangan saya)

ETP 35, UTP
Di gerai bersama gadis-gadis semasa EDX 25

ETP 35, UTP
Saya sedang sibuk memberi penerangan, sorang lagi sibuk layan muvi, yang sorang lagi posing ayu… 😛

*****

beliamuda: Walaupun tak mahu masuk EDX, tapi masuk juga akhirnya. Hanya kumpulan terpilih sahaja yang mengambil bahagian. Akhirnya, ETP 35 pulang dengan pingat perak. Terbalas jua penat lelah ETP ni. Tinggal laporan penuh projek dan proses claim duit je…

23 thoughts on “Dedikasi Buat ETP 35 Dalam Rakaman Gambar

  1. tu bukan sedang tekun tu nifi,tu sedang leka mencari butang jam.hahaha…

    ha ah..mmg mase mula2 tahu kena ambik subjek ETP ni susah hati gila.isk..now is ok n sgt puas hati..lega2 😀
    .-= kuyam´s last blog ..Duit kau,hak aku. =-.

  2. Pingback: Berblog Semula Dengan Penuh Bergaya | beliamuda {dot} com

  3. Hello, I am Olivia Mah. UTP student juga. I ambik ETP this sem.. Sebab idea kita juga tudung saji heater.. Boleh kan saya tau concept tudung saji kak, jadi saya boleh improvise? kerjasama kak amat saya hargai. 🙂 Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge