Ringkasan Keputusan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh kesemua pelajar lepasan SPM dan STAM 2009 tiba jua. Keputusan SPM dan STAM 2009 telah pun diumumkan pada hari ini (awal pagi tadi) dan saya jangka hampir kesemua pelajar terbabit telah mengetahui keputusan masing-masing. Tahniah buat yang berjaya dan teruskan perjalanan anda ke peringkat pengajian yang seterusnya.

Pada tahun ini, seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.

Turut diumumkan ialah pelajar terbaik bagi SPM 2009 iaitu Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

10 Pelajar Terbaik SPM 2009

  1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road Kuching, Sarawak)
  2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
  3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
  4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
  5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
  6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
  7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
  8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
  9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
  10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

10 Sekolah Terbaik SPM 2009

  1. Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
  3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
  4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
  5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  6. SBPI Rawang, Selangor
  7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  8. SBPI Temerloh, Pahang
  9. SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
  10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

Ringkasan ini dipetik daripada BERNAMA.

beliamuda: Buat yang tidak berjaya, hayati kata-kata yang dipetik daripada trek nombor tujuh lagu baru Saujana daripada album Nota Cinta yang bertajuk Patah Hati, “Patah hati, jangan terdampar sepi, jangan tersungkur mati. Patah hati, jangan leburkan mimpi, jangan memakan diri.

Comments

48 responses to “Ringkasan Keputusan SPM 2009”

  1. safwan Avatar
    safwan

    SASER NO 1 lagi
    yeah~~~

    1. beliamuda Avatar

      @safwan, hoho. sekolah ko la ni kan. 😀

  2. lalaock Avatar

    wauuu
    bangga..
    ade jgak nme sekolah aku ditempek kt situ.
    hehehe~
    .-= lalaock´s last blog ..Why Sains Seremban ‘SASER’ hebat sgt neh?????? =-.

  3. kertaz Avatar

    Tahniah buat student yg berjaya..

    p/s : SMK Convent, Taiping, Perak – Syok cuci mata kat sekolah ni.. Hahahahha..
    .-= kertaz´s last blog ..Windows Explorer sebagai FTP Client =-.

  4. kuyam Avatar

    tahniah adik2 😀
    .-= kuyam´s last blog ..Jika ada yang beralasan Allah itu tidak wujud… =-.

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, tq kakak. 😛

  5. Anjung Web Avatar

    Haha… no 7 tempat asal den tuu… bangga kejap walau tak penah sekolah kat sana..
    .-= Anjung Web´s last blog ..ClamAV: Antivirus untuk Linux =-.

  6. ana Avatar

    mrsm
    1.taiping,1.05
    2.tun ghafar baba,1.20
    3.pengkalan cepa
    4.alor gajah
    5.langkawi..

    langkawi merosot..:)
    tu lah..
    hidup kna penuh dgn tawadduk..
    baru boleh berjaya..
    congrate to taiping n beloved TGB
    .-= ana´s last blog ..air mata seorang wanita =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ana, terima kasih untuk info berguna ni.

      ps: ex-PC

      1. ana Avatar

        @beliamuda, u r welcome..:)..tapi an,ade prubahan sket..:D
        no 5 tu bukan langkawi..x silap pengkalan hulu..lgkawi no 7 ke 8 tah..:D
        .-= ana´s last blog ..love.. =-.

        1. beliamuda Avatar

          @ana, Langkawi num 8 tahun ni. 🙂

          1. ana Avatar

            @beliamuda, nak kejam ke x ek??hehe.sebb dulu kitorg budak tgb pernah diperlekehkan dek seseorang from langkawi..so skrg ni ramai yang berpuas hati..haha..kejam2..haish..x baik..x baik..:D
            .-= ana´s last blog ..love.. =-.

          2. beliamuda Avatar

            @ana, pernah diceritakan pengalaman yang sama. 🙂

          3. ana Avatar

            heheh..langkawi mmg cmtu kot..sian2
            .-= ana´s last blog ..love.. =-.

          4. beliamuda Avatar

            @ana, takpelah. semoga mereka sedar. 🙂

        2. ana Avatar

          aminnn..:D
          .-= ana´s last blog ..love.. =-.

  7. ikin Avatar

    hmm~ incik belia janga nangis okei PC no 3..
    taniah adik2 yang berjaya..
    untuk yang xberjaya, SPM bukan segalanya okei.

    saya tahu apa itu kegagalan.
    .-= ikin´s last blog ..wadah madah rahsia seorang pemuda =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, tak nangis pun. janji dapat potong langkawi, dah puas hati. 😀

  8. syera Avatar
    syera

    yea~skolah aku TOP..
    haha

  9. syera Avatar
    syera

    yea~
    sbpi rawang TOP>>
    arap taon ni dpt no 1 lak..
    AMIIN,,

  10. budak taiping Avatar
    budak taiping

    Tahniah kepada MRSM TAIPING, MRSM no1 diantara MRSM di seluruh benua..congratzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge