Salam sejahtera buat semua.
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh kesemua pelajar lepasan SPM dan STAM 2009 tiba jua. Keputusan SPM dan STAM 2009 telah pun diumumkan pada hari ini (awal pagi tadi) dan saya jangka hampir kesemua pelajar terbabit telah mengetahui keputusan masing-masing. Tahniah buat yang berjaya dan teruskan perjalanan anda ke peringkat pengajian yang seterusnya.
Pada tahun ini, seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.
Turut diumumkan ialah pelajar terbaik bagi SPM 2009 iaitu Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.
10 Pelajar Terbaik SPM 2009
- Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road Kuching, Sarawak)
- Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
- Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
- Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
- Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
- Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
- Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
- Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
- Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
- Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).
10 Sekolah Terbaik SPM 2009
- Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan
- Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
- Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
- Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
- SBPI Rawang, Selangor
- Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
- SBPI Temerloh, Pahang
- SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
- Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.
Ringkasan ini dipetik daripada BERNAMA.
beliamuda: Buat yang tidak berjaya, hayati kata-kata yang dipetik daripada trek nombor tujuh lagu baru Saujana daripada album Nota Cinta yang bertajuk Patah Hati, “Patah hati, jangan terdampar sepi, jangan tersungkur mati. Patah hati, jangan leburkan mimpi, jangan memakan diri.“
Pingback: Ranking MRSM Untuk Keputusan SPM 2009 | beliamuda {dot} com
sedeyNYEr MRSM swasta…. bwah MARA….. raser mcm dianaktirikan jer….. hehe….. TriNGiN nk TngOk rankiN PeNOH SBP cmpor MRSM skali…..
cian la sume sekolah kalo ranking mrsm campur ngn sume… haha
tgk gps tu, compare sekolah terbaik msia ngn gps mrsm ranking no 5 (bkn no 1 lg tu..).. haha
caya lah MRSM
MARA terus mara! huhu
aminn..:D
.-= ana´s last blog ..love.. =-.
congrate kat semua candidate.hope u all continue your further study
tahniah2 buat mrsm taiping bangge gilew sebagai warga taman tasik taiping,tapi..janganla kiter memandang rendah terhadap kemampuan sekolah langkawi…xbaek berdendam tau,apepun kitekan 1Malaysia,pergi mana mesti jumpe punyelah jadi kite mesti same2
memajukan sekolah dan negara kite..wah emo giler..hehe..da..salam wat semua pengunjung blog nie
nk tw ar dr segi pemarkhan spm thn 2009.. ada orang kata thn 2009 prmkhnnya dh ek ckit.. betul ke????
@e-qa, ek ckit? maksudnya?
Pingback: 30 Penerima Pertama Biasiswa Nasional 2010 | beliamuda {dot} com
correction…
mrsm tgb 1.12 =) really proud to be one of the tgbians
n mrsm langkawi drop sbb dorg bkn lg pkp…
tahniah,,,