Ringkasan Keputusan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh kesemua pelajar lepasan SPM dan STAM 2009 tiba jua. Keputusan SPM dan STAM 2009 telah pun diumumkan pada hari ini (awal pagi tadi) dan saya jangka hampir kesemua pelajar terbabit telah mengetahui keputusan masing-masing. Tahniah buat yang berjaya dan teruskan perjalanan anda ke peringkat pengajian yang seterusnya.

Pada tahun ini, seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.

Turut diumumkan ialah pelajar terbaik bagi SPM 2009 iaitu Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

10 Pelajar Terbaik SPM 2009

  1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road Kuching, Sarawak)
  2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
  3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
  4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
  5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
  6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
  7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
  8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
  9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
  10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

10 Sekolah Terbaik SPM 2009

  1. Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
  3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
  4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
  5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  6. SBPI Rawang, Selangor
  7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  8. SBPI Temerloh, Pahang
  9. SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
  10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

Ringkasan ini dipetik daripada BERNAMA.

beliamuda: Buat yang tidak berjaya, hayati kata-kata yang dipetik daripada trek nombor tujuh lagu baru Saujana daripada album Nota Cinta yang bertajuk Patah Hati, “Patah hati, jangan terdampar sepi, jangan tersungkur mati. Patah hati, jangan leburkan mimpi, jangan memakan diri.

Comments

48 responses to “Ringkasan Keputusan SPM 2009”

  1. Pisyek Avatar

    tahniah kepada 10 pelajar terbaik dan 10 sekolah terbaik tu~

    bile plak skolah pisyek nk jadi top 10 nih…

    hoho…
    .-= Pisyek´s last blog ..Pengklonan menggunakan Photoshop CS3 =-.

    1. muhammad fakhruddin Avatar

      @Pisyek, mungkin juga kita kena analisis yg gagal…katanya peratus yg gagal SPM tahun ni meningkat berbanding 2008
      .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Renungan:3 Mac Yang Berlalu =-.

  2. Wan Perlis Avatar

    tahniah
    sekolah adik aku pun ada.. SMK Derma
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.

  3. NK Avatar

    wah tahniah2!

    tapi 6 dari pelajar terbaik malaysia merupakan bangsa cina, ish3… mana la pergi bangsa melayu ni…
    .-= NK´s last blog ..Bawak tukul, pukul kepala budak tadika! =-.

  4. muni Avatar
    muni

    bangga siot dgn akmal
    top 10 1malaysia
    DERMARIANS gempak!!!

  5. Nikuve Avatar

    Hmm.. kebanyakan top student mesti pelajar perempuan. Lelaki cepat bangkit!
    .-= Nikuve´s last blog ..Yup! Done have it! =-.

  6. duranian Avatar

    laaa
    mana ranking mrsm ni
    pntg kot
    jgn anggap saser plng hebat
    no,no,no…
    .-= duranian´s last blog ..#13 i got sickness =-.

    1. beliamuda Avatar

      @duranian, check dalam komen kat bawah ni, ada ranking MRSM (bukan semua la).

      1. Aisyah Avatar
        Aisyah

        @beliamuda,

  7. aizuddin Avatar

    kepada yg berjaya..tahniah..yg kurang berjaya boleh cuba lagi..tak semestinya rezat spm ok..rezat kat u pn ok gak..huhu
    .-= aizuddin´s last blog ..gelanggang RAJA lawak musim ke 4 [astro PRIMA] *updated minggu 10 @ FINAL =-.

  8. Jaws Avatar

    masa batch aku dulu,
    sekolah aku no 1 PMR,
    no 4 SPM..
    mana pegi sekolah aku skang ni..
    takleh harap betul junior..

    1. Ghiya Avatar
      Ghiya

      @Jaws,

      Ko skolah ner dulu? Sdar ke?

      1. Jaws Avatar

        @Ghiya, yup..
        haha..

  9. nhar Avatar
    nhar

    heh. hebat gak convent, taiping ni. bangga2…

  10. are-pa Avatar

    pengetua aku cakap, Perak tengah terbaik antara daerah di Negeri Perak..tapi, skolah aku tak sumbang ape2 kot.haha3!
    .-= are-pa´s last blog ..M.U.M.T.A.Z =-.

    1. ciknab Avatar
      ciknab

      @are-pa,yeke???sekola maner 2??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge