Pesona Rindu Yang Menjadi Titik Permulaan Kepada Kegilaan Ini

Salam sejahtera buat semua.

pasir pantai

aku bagaikan tawanan di dalam perang rindu

Ayat diatas adalah petikan daripada lagu Fotograf – Luka Seribu Rindu. Tiada kaitan sama sekali dengan tulisan entri kali ni sebenarnya. Haha…

Sejak dua entri yang ditulis berkenaan Cinta Sufi, sebuah novel terbaru oleh RAM, pelbagai respon daripada rakan blogger yang saya terima. Secara kasar, ada dua kumpulan; satu yang turut meminati pembacaan novel dan satu lagi yang tidak membaca novel.

Pada awalnya, saya bukanlah seoarang pembaca novel, walaupun memang membaca telah menjadi hobi saya (ayat poyo.. :P). Novel tidak pernah menjadi bahan bacaan saya kerana ketebalannya yang sangatlah memerlukan ketekunan dalam membaca dan juga ketabahan mata untuk menahan kesakitan memandang hanya ayat dan huruf sahaja (novel mana ada gambar banyak).

Alkisahnya, ada satu kejadian yang menjadi titik permulaan kepada pembacaan novel ni. Minat pertama dalam pembacaan novel berputik semasa di Tingkatan 4. Lagipun, semasa di Tingkatan 4, keadaan tidak sesibuk mana.

Kalau tak silap, masa tu tengah lepak atas katil dalam bilik di blok Bahagia, MRSM PC. Tiada kerja lain nak dibuat. Lepas tu terperasan ada sebuah novel dalam baldi kat sebelah katil. Terus je angkat, baca sinopsis kat belakang, lepas tu belek muka pertama dan bermulalah pembacaan novel saya yang pertama.

Novel tersebut bertajuk Pesona Rindu hasil nukilan Sharifah Abu Salem.

pesona-rindu

RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

Petikan sinopsis Pesona Rindu

Kalau baca balik petikan sinopsis novel tu, macam tak kena je untuk dibaca oleh seorang pelajar Tingkatan 4. Novel yang jiwang habis la ni. Tapi, selepas novel ni la bermulanya pembacaan novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid.

Saya mula terpikat dengan novel ADAM (Aku Darah Anak Malaysia). Memang thriller habis la novel ni. Novel ini diperkenalkan oleh Hanif (novel Pesona Rindu tu jumpa dalam baldi dia la rasanya). Lepas tu pinjam buku trilogi Tombiruo kepunyaan abang dia. Daripada situ la saya mula membaca novel RAM yang diterbitkan saban tahun.

Kesimpulannya, baca novel ni bukanlah susah sangat pun. Baca je kan. 🙂

beliamuda: Kadang-kadang permulaan untuk sesuatu yang tidak disukai adalah sesuatu yang mudah. Cuma kadang kala kita memilih jalan sukar dan tidak mahu menerokai jalan yang tidak disukai itu. Jadi, jom baca novel! ^_^

8 thoughts on “Pesona Rindu Yang Menjadi Titik Permulaan Kepada Kegilaan Ini

  1. terus berderai gelak saya bila terbaca ayat “sebuah novel dalam baldi” tu. hahaha~

    btw, saya telahpun mula membaca novel seawal darjah 4. dan mula membaca novel inggeris selain engish literature ketika tingkatan 3. cuma novel RAM, asal saya sentuh je, terus menguap..haha~
    .-= ikin´s last blog ..PERSAHABATAN =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge