(Gambar) Proton Persona Elegance Dilancarkan

Salam sejahtera buat semua.

Proton Persona Elegance

Hari ini, Proton Persona Elegance, versi faclifted untuk Proton Persona telah dilancarkan. Proton Persona Elegance boleh didapati dalam tiga trim iaitu Base Line (Manual – RM46,499 dan Auto – RM49,499), Medium Line (Manual – RM52,999 dan Auto – RM55,999) dan High Line (Auto – RM59,499) serta dikuasakan oleh enjin 1.6-litre Campro IAFM.

Berikut adalah gambar-gambar Proton Persona Elegance yang diambil daripada Paultan.

Proton Persona Elegance

Proton Persona Elegance

Proton Persona Elegance

Proton Persona Elegance

Proton Persona Elegance

Proton Persona Elegance

Proton Persona Elegance boleh didapati dalam lima jenis warna iaitu merah (Brilliant Red – High Line sahaja) perak dan hitam serta dua warna terbaru iaitu Chiffon Green dan Bronze Garnet.

beliamuda: Kali pertama saya menaiki Proton Persona dulu, rasa macam rendah pulak. Anda ada rasa macam tu jugak kah?

Comments

115 responses to “(Gambar) Proton Persona Elegance Dilancarkan”

  1. iera Avatar
    iera

    salam semua..alamak saya dalam ura-ura nak tempah persona elegance ni..tapi ramai plak yang kata persona elegance ni mcm2 problem..dah naik was2 dah ni..harap proton dapat ambik perhatian la benda-benda gini..ni mesti masa QC main lepas ja ni.. adoiyai…

  2. anidra...........700 Avatar
    anidra………..700

    nak gak booking satu hujung bulan ni….nak tau berapa lama leh dapat lepas lulus loan raya nak dekat dah….

    1. sukatanya Avatar
      sukatanya

      @anidra………..700,

      sy booking pd 24/5/2010..tghari 3 julai dah dpt..brilliant red

  3. hidayah Avatar
    hidayah

    aduh, ingatkan nak booking pesona elegance nie tapi bile baca komen #36 & #38 dah was2 gak mcm komen #41..proton2 mcm mane buat QC…agak nye pegawai QC tu tertido kot smpi xnampak bende2 tu sume..bukan tak sokong barang buatan tempatan tapi ini lah hakikatnye…tapi perodua ok lak produk nye…dah msk 7 taun aku bawak kelisa xde pun major problem, aircond pun sejuk je memanjang…walau xpernah diservice selama 7 taun !!!

  4. eton Avatar
    eton

    saya rasa bergantung pada dealer jugak kot…..dealer yg pandai jaga customer, cepat laa dapat sbb buat keje cepat…tapi kalo dapat dealer yg hanye tau kaut untung…mmg malang laa nasib…tue yg kebajikan pembeli keta x dijaga…asalkan untung masok poket…..dealer keta yg mcm nie….mcm sial jer…..

  5. isma Avatar

    saya dah dapat yang genetic silver h-line selepas order 1 bulan..sangat puas hati …sebelum ni susah hati sebab dengar macam2 komen..tapi alhamdulillah, yg saya punya ni memang takder defect ape pun..memang perfect! bawak pun smooth je walaupun jalan tak rata..lebih baik dari gen-2..kalu naik gen-2, rasa gegar2 je kalau jalan tak rata..tapi naik persona elegance ni memang rasa berbeza..smooth je..

  6. adi Avatar
    adi

    saya cadang nak memiliki proton persona elegance 1.6 H-line,tapi risau juga baca komen #36,38 DAN 40.bimbang tak berbalui nanti..

  7. Amin Al-Amin Avatar

    Assalamualaikum,
    Saya baru sahaja menempah Persona Elegance H-Line warna Briliant Red. Alhamdulillah segala urusan jual beli kereta lama dengan yang baharu berjalan lancar. Cuma pihak bank tak yakin saya boleh bayar ansuran bulanannya. Harap-harap lulus cepat sebab nak pakai kereta Hari Raya. Saya secara peribadi memang sangat terpesona dengan Persona versi terbaharu ini. Bentuk luaran dan aksesori yang dipasangkan memang sesuai. Nampak kereta ini lebih ranggi dan garang. Dalamannya pula diberikan sentuhan yang sangat baik dan kemas. GPS merupakan peranti yang amat penting untuk mengembara. Banyak membantu. Harapan saya semoga Proton akan menghasilkan kereta yang lebih baik, reka bentuk yang menarik dan paling penting, harga yang mampu dimiliki golongan pertengahan …. SYABAS Proton ….

  8. PARA NORMAL Avatar

    NAK TANYA…….. PERSONA SE DGN PESONA ELEGENGE LAIN KE??? BINGUNG…..

  9. jarn Avatar
    jarn

    saya setuju dan menyokong. saya pernah mengalami masalah ygang same pada persona elegance saya.

  10. yok jan Avatar
    yok jan

    mizi1968=amat bersetuju kerana saya juga pernah mengalami masalah yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge