Salam sejahtera buat semua.
[Lagu tema: Letto – Lubang Di Hati]
Aku termenung keseorangan di jendela malam. Banyak yang aku fikirkan pada waktu ini. Jiwa terasa sarat dengan perasaan yang bercampur baur.
Realitinya, aku tidak tahu apakah sebenarnya yang aku mahukan sekarang ini. Orang kata, ada sesuatu yang tidak lengkap. Ada lubang di dalam hati.
Dalam aku cuba merungkai kebenaran di sebalik setiap hal, banyak kejadian yang lebih dekat dengan diri dirasakan tersembunyi.
Dalam keghairahan mengejar masa di sebalik kesibukan masing-masing, ada isu yang kita terlepas pandang. Isu yang bukan kecil, tapi kita remehkan.
Mungkin malam kini lebih rapat dengan diriku. Waktu yang paling sesuai untuk meluangkan masa buat diri sendiri. Dan waktu malam lah yang telah banyak merungkai hal-hal yang tersembunyi selama ini.
Ini Nota Malam. Semestinya Nota Malam hanya ditulis waktu malam. Mungkin juga terheret ke waktu awal pagi. Tapi masih lagi Nota Malam. Habis prolog. Sila tidur. Selamat malam.
—
beliamuda: tambah sikit lagi; [1] Anggaplah ini cara saya meluahkan sesuatu hal personal, memalui cara yang tersirat. Tulisan ini bukan ditulis pada masa entri ini disiarkan. [2] Akhirnya, data yang hilang dalam masalah laptop tempoh hari berjaya diselamatkan semula (~95%). Sayangnya, beberapa data yang sangat berharga hanya lesap begitu sahaja. Penceritaan hal itu dalam entri yang lain.
…dan kuhadirkan Nota Malam sebagai peneman di kala sunyi, sebagai ganti kepada apa yang telah luput.
malam ini susah nk tidor
.-= hazwan´s last blog ..Dedikasi Untuk Penyokong Liverpool =-.
owh nipi
dh dpt title presenter terbaik
xkan moody gak
>_<"
.-= duranian´s last blog ..#42 realize =-.
@duranian, wah,presenter thorbaek,
tahniah2.
>_<
@supel, ^_^
@duranian, ni dah lama tulis kot…
kenapa bro? ada problem ke? kalau problem share2 la kat sini. apa guna ada blog kalau tak boleh luah perasaan kat sini. hehe
@zaiMi, bersambung di minggu seterusnya…
dan malam, apabila ia melabuhkan tirainya…
apabila katil dah nampak macam fatamorgana aje, kerja banyak pun saye tido..ahaha~
.-= ikin´s last blog ..tidak kenyang makan maksiat? berapa lama kau mahu hidup? =-.
malam lah yang mendekatkan kita pada DIA..
waktu tu nk mengadu pon xde orang dengar n kisah..:)
except kalau roomate tdo lambat jugak..
.-= ana´s last blog ..dunia =-.
Malam.. waktu yang sesuai untuk berprolog.. 🙂
.-= zuls´s last blog ..A little more to cashout from Sponsored Tweets =-.