Karnival Kerjaya dan Lepasan Ijazah Graduan Aspire 2012

Salam sejahtera buat semua.

Poster Graduan Aspire 2012

Buat para graduan yang masih lagi dalam misi memburu dan mencari peluang kerjaya yang diidamkan, jangan lepaskan peluang anda untuk berada di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 29 dan 30 Jun ini untuk Karnival Kerjaya dan Lepasan Ijazah Graduan Aspire 2012 (Graduan Aspire 2012 Career and Postgraduate Fair).

Continue reading

Alkisah Proton Preve, “Drive It To Believe It”

Salam sejahtera buat semua.

Proton Preve Patah Tayar

Aduh, sungguh tidak ku sangka rakyat Malaysia kebanyakannya terlalu memandang rendah terhadap kereta keluaran Proton. Proton Preve yang mencetuskan sensasi sejak daripada namanya P3-21A telah dilancarkan baru-baru ini dengan siaran langsung yang disiarkan di TV1.

Sejak daripada malam penuh gemilang tersebut, Proton Preve telah mula berada di bilik pameran untuk pandu uji. Nak tahu best ke tak kereta tu, maka kenalah pandu dulu kan. Kena jugalah dengan tagline Proton Preve, “Drive It To Believe It”.

Continue reading

(Gambar) Proton Saga FL [Facelift] Untuk Tatapan

Salam sejahtera buat semua.

Proton Saga FL

Sudah seminggu berlalu sejak Proton Saga Facelift atau nama ringkasnya Proton Saga FL diperkenalkan oleh Proton Holdings kepada rakyat Malaysia. Dilaporkan Saga FL telah pun mula dihantar ke pusat jualan Proton di seluruh negara.

Macam agak terlambat sedikit untuk saya menulis mengenai Proton Saga FL (bukan mengenai hal teknikal pun). Seperti biasa, saya suka untuk berkongsi dengan pembaca, juga untuk tatapan diri saya di masa depan, saya paparkan gambar-gambar rekaan dalaman dan luaran Proton Saga FL. Terima kasih kepada Paultan untuk gambar ini.

Continue reading

(Gambar) Rekaan Dalaman Proton Inspira Yang Moden

Salam sejahtera buat semua.

Proton Inspira

Selepas gambar rekaan luaran (bahagian depan) Proton Inspira dipaparkan kepada umum semasa soft launch Proton Inspira yang lalu, kini terdapat gambar rekaan dalaman yang dikeluarkan oleh Move Auto. Kemungkinan gambar ini diambil semasa sesi pandu uji yang terkini oleh para media.

Lagi gambar rekaan dalaman (baca: interior design) Proton Inspira yang nampak moden dan menarik.

Continue reading