Penyumbang Trafik Tertinggi Sepanjang 2009

Salam sejahtera buat semua.

Trafik blog

Entri ni sepatutnya dilepaskan lebih awal, tapi disebabkan perpindahan hosting dan nak tunggu DNS berubah dengan jayanya, terpaksa la ditangguhkan.

Entri ini juga diinspirasikan daripada entri oleh Mr Kay. Tapi dalam entri ni hanya diabadikan kepada laman-laman yang menjadi penyumbang trafik ke blog beliamuda {dot} com.

Di bawah ini dipaparkan 10 laman yang menjadi penyumbang trafik tertinggi ke blog ini sepanjang tahun 2009, dikecualikan laman sosial seperti Facebook dan Twitter serta laman web seperti Imcurtain, Innit dan GengBlogger.

1. Oh! Tidak431 lawatan
Fuh, tak sangka banyak juga trafik datang daripada sini. Ni masa zaman ada pengkomen terbanyak setiap bulan rasanya. Hehe…

2. Bukan Sekadar Cakar Ayam210 lawatan
Blog kawan aku ni. Beliau namanya. Orang Terengganu dan hensem orangnya. Tak caya, boleh gi usha blognya.

3. Cheme Jan 07145 lawatan
Blog rasmi geng CJ7. Geng satu course dalam Chemical Engineering di UTP.

4. Penaberkala142 lawatan
Kawan aku juga. Satu geng dalam CJ7. Budak Kelantan. Gaya bahasa dia berblog pun power. Salah seorang penulis jemputan di blog ni.

5. Kak Jie137 lawatan
Tak perlu dihurai panjang. Siapa tak kenal, jangan bertangguh lagi. Sila klik segera.

6. Ikin132 lawatan
Selalu datang ke blog ni dan meminta dihampar karpet merah. Haha.. Mohon laluan Yang Berhormat.

7. Mohaimin112 lawatan
Satu batch di UTP. Di dalam Mechanical Engineering. Banyak berhubung melalui blog. Hehe…

8. Liza Razak106 lawatan
Eh, tak sangka. Banyak pulak trafik datang dari sana. Ada potensi ni. 😀

9. IzoBlog102 lawatan
Selalu berkunjung ke sana. Sekarang dia jarang pulak menulis.

10. Amin Baek87 lawatan
Juga geng CJ7. Dia dianugerahkan darjah kebesaran Spammer tegar dalam CJ7! Tapi orangnya baik. Budak Melaka yang sangat cintakan negerinya. 😛

beliamuda: Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada laman dan blog yang menyumbangkan trafik ke blog ini sepanjang 2009. Jom berentak lagi di tahun 2010!

21 thoughts on “Penyumbang Trafik Tertinggi Sepanjang 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge