Semuanya sama sahaja

Salam sejahtera buat semua.

Gambar cermin lawa

Hari Jumaat baru sahaja bermula. Alhamdulillah, hari ni sungguh cerah dengan sinaran mentari. Tapi sayang, masalah air berkarat berlaku lagi. Nak buat laporan pun takde orang angkat. Cuti kot?

Semalam, syarikat Malaysia, MOL Global telah membeli Friendster dan seterusnya mengambil alih terus laman sosial tersebut secara keseluruhan. Lepas ni, masih samakah Friendster? Itu kita kena tunggu dan lihat la ya.

Semalam juga, kawasan sekitar Bachok mengalami gangguan elektrik selama lebih kurang 8 jam. Serius tak tahu nak buat apa dalam keadaan takde elektrik dan juga bergelap. Kalau korang, apa yang korang buat dalam keadaan macam ni? Ke sama sahaja?

Apa-apa pun, jom kita baca lawak sama sahaja ni (diterjemah daripada bahasa Inggeris).

Pada suatu hari, seorang lelaki Cina (Chinese) berjalan masuk ke dalam sebuah bar di Amerika. Kebetulan, dia ternampak Steven Spielberg. Oleh kerana dia adalah peminat setia filem-filem yang diarahkan Steven Spielberg, dia meminta tandatangannya.

Tapi, sebagai balasan, Steven Spielberg telah menamparnya dan berkata, “You Chinese people bombed our Pearl Harbor, get out of here“. Lelaki itu kemudian menjawab, “It was not the Chinese who bombed your Pearl Harbor , it was the Japanese”. “Chinese, Japanese, Taiwanese, you’re all the same“, balas Spielberg.

Lepas tu, lelaki tersebut pula yang menampar Spielberg. Katanya, “You sank the Titanic, my forefathers were on that ship“. Terkejut dengan perbuatan lelaki itu, Spielberg membalas “It was the iceberg that sank the ship, not me“. Lelaki Cina tersebut menjawab, “Iceberg, Spielberg, Carlsberg, you’re all the same“.

Ngeh3, semuanya sama sahaja…

beliamuda: saja nak prektis alih bahasa… lagipun, maksudnya sama sahaja kan? 😛

14 thoughts on “Semuanya sama sahaja

  1. Pingback: Gambar PM Sedang Berkicau | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Apa Yang Korang Buat Di Musim Cuti? | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge