Kerana Kesilapan Newbie

Salam sejahtera buat semua.

paip air berkarat

Kisah ni bukan mengenai masalah blogger newbie klik-klik nuffnang tu. Ni masalah kesilapan newbie menjalankan kerja dan tugasannya.

Bermula lewat petang semalam, salah satu keperluan asas di kawasan sekitar kampung saya mengalami gangguan bekalan. Keperluan asas yang dimaksudkan ialah air. Gangguan tersebut bukanlah akibat keputusan bekalan, tapi airnya mengalami perubahan warna yang mendadak, daripada warna putih jernih menjadi lebih pekat daripada air teh.

Masalah dikesan pada awalnya melalui bekalan air yang disambung terus daripada saluran paip air utama, namun kami menganggarkan yang masalah hanya sementara sahaja, maka saluran air ke tangki tidak ditutup.

Tanpa diduga, masalah berlarutan sehingga lewat malam. Bekalan air daripada saluran utama masih lagi tercemar dengan karat. Maka, air karat itu juga telah memenuhi tangki takungan air.

Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan ini, Abah telah menelefon kawannya yang juga bekerja dengan Syarikat Air Kelantan (AKSB) untuk mendapat maklumat lanjut. Kami ingatkan air tercemar itu berpunca daripada tangki utama untuk kawasan kampung kami.

Setelah dimaklumkan, rupa-rupanya masalah berpunca daripada Loji Rawatan Air di Cicha. Katanya, ada kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan di loji itu, tapi kerja-kerja itu dibatalkan atas sebab-sebab teknikal.

Sebelum kerja dijalankan, pekerja yang ditugaskan telahpun memulakan proses-proses penyelenggaraan yang menyebabkan air berkarat. Oleh kerana tidak mahu menyebabkan gangguan bekalan kerana kerja telah dibatalkan, pekerja tersebut terpaksa juga melepaskan air tersebut kepada pengguna. Dimaklumkan, pekerja tersebut adalah pekerja baru (newbie).

Memang berani gagal sungguh la perbuatan dia. Loji Rawatan Air Cicha tu bukannya kecil. Entah berapa ramai yang mengalami masalah air berkarat semalam. Nasib baik air dah kembali jernih, tapi air dalam tangki tu memang pekat lagi la.

beliamuda: kenapa tak buang je air berkarat tu?

17 thoughts on “Kerana Kesilapan Newbie

  1. Pingback: Semuanya sama sahaja | beliamuda {dot} com

  2. newbie or not Syarikat Air Kelantan must be held responsible what? Kenalah bertanggungjawab sebagai Institusi, mana bleh lepas tangan gitu jerk. Mana SOP? Ada ke tadok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge