Pengalaman Mengambil Lesen Memandu (1)

Salam sejahtera buat semua.

Ujian Memandu Bukit

Musim-musim cuti sekolah dan cuti semester macam ni, selalunya memang sibuk la pusat memandu. Musim ni la sekolah memandu akan menjadi pusat pengajian yang sibuk. Peperiksaannya boleh berjalan setiap hari, tapi ujian akhir tahun (ujian nak dapat lesen P) tu la yang paling mencabar.

Duduk rilek-rilek masa cuti ni teringat pulak masa ambil lesen memandu tiga tahun lepas. Oh ya, untuk makluman, aku masih lagi dalam lesen P. Haha. Setahun aku ambil masa nak sudahkan pembelajaran di pusat memandu. Err, bukan sebab aku bengap sangat nak belajar memandu, tapi ada hal lain yang datang secara tiba-tiba. Jom dengar aku bercerita.

Masa tu baru je lepas SPM. Kebetulan masa tu aku, Irfan (sepupu aku) dan Zakwan (kawan dia) yang sama-sama baru habis SPM dipertemukan sekali oleh bapa saudara aku. Masa tu, cadangnya kami semua ni nak gi la belajar bahasa Inggeris di Smart Reader Kota Bharu.

Nak masuk pusat tuisyen tu pun ada ujian dulu. Nak uji tahap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, semua lebih kurang je, jadi kami semua dalam satu kelas je la. Senang nak gi bersama-sama. Masa ni la keluar cadangan untuk kami turut ambil lesen memandu. Masa ni, aku memang tiada pengalaman bawa motor, apatah lagi kereta.

Dah kebetulan masa tu memang sangatlah bosan kalau duduk terperap di rumah je, isi je la masa yang ada ni dengan belajar memandu dan mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Masa tu aku tak kenal lagi blog dan masa tu la aku diperkenalkan dengan istilah RTM; Rehat + TV + Makan.

Lagi kebetulan, masa tu ada pakej khas ditawarkan untuk pelajar sekolah menengah. Secara protokolnya, aku dan Zakwan tak layak nak masuk bawah pakej tu, sebab kami pelajar MRSM. Pakej tu hanya ditawarkan untuk pelajar sekolah biasa. Tapi, pandai-pandai la kan nak hidup. Kami masuk je la di bawah nama sekolah sepupu aku tu.

Sekolah memandu tu tak asing lagi di Kelantan. Pusat Latihan Memandu Yakin Pandu di Pengkalan Chepa. Dekat dengan Pusat Latihan Memandu Kotaraya. Cawangan Yakin Pandu tu pun dekat dengan rumah aku (rumah aku sangatlah jauh dengan Pengkalan Chepa).

Masa nak pergi dengar kuliah undang-undang tu, memang penuh sesak kat sekolah tu. Sampaikan kena buka kelas baru. Masa ni la terjumpa kawan lama. Nasib baik kenal lagi. Kelas undang-undang tu entah berapa jam aku pun dah lupa. Tapi sempat habis dalam masa sehari la.

Dalam kelas tu bukan dapat semua pun apa yang diajar. Harap dengan buku undang-undang dan buku soalan tu je la. Tapi, dah ada buku tu pun malas lagi nak baca. Nasib baik Irfan ada CD koleksi soalan yang akan ditanya dalam ujian berkomputer tu. Nampak interaktif sikit. Baru ada semangat nak buat.

Dengan berbekalkan latihan CD tu, ditambah dengan hasil menelaah buku undang-undang, kami bertiga pergi la mengambil ujian berkomputer tu di pusat ujian. Antara kami bertiga, aku yang dapat markah paling rendah untuk ujian undang-undang tu. Rasanya cukup makan je untuk lulus.

Dengan lulusnya ujian undang-undang berkomputer, dapatlah kami memegang tak dapat pun lagi lesen L. Balik semula ke pusat memandu, kami diagihkan guru untuk latihan kereta. Akhirnya, masing-masing berpisah sebab jadual latihan lain-lain.

beliamuda: bersambung ke episod 2. Harap-harap dapat sudahkan entri ni sebelum lesen P tamat… 😀

36 thoughts on “Pengalaman Mengambil Lesen Memandu (1)

  1. Pingback: Tangguh Ambil Lesen Memandu Buat Sementara Waktu (2) | beliamuda {dot} com

  2. salam,
    saya ingin menyatakan perasaan tak puas hati terhadap seorang cikgu kat yakin pandu p.chepa.terlalu garang dan suka membebel ketika mengajar pelajar, menyebabkan pelajar tak dapat tumpu semasa belajar memandu.sebagai seorang cikgu tak patut berbuat demikian kerana tahap kecekapan seorang pelajar tidak sama.saya berasa tertekan ketika belajar dengan cikgu tersebut..memang menyakitkan.cikgu tersebut wajib diberi kursus!

    • @Hamba Allah, patut komen je terus kat sana. tapi mmg bese ar cikgu sekolah mandu tu garang sikit. nasib baik dulu dapat cikgu perempuan. ok je la.

  3. Bab ujian berkomputer, aku lulus cemerlang. Tapi bab kemahiran bawak kereta ni hampeh, penakut, bengap. Tak tau le apa ubatnya bagi orang macam aku ni. Nak kata menggigil on the road takda plak tapi memandu tahap bahaya. Cikgu plak lepas tangan bila dah bayar habis. Dah tu tukar cikgu, bayar lagi sekali. Fed up betul aku. Kalau ni pun sangkut, nescaya aku gantung L je kat rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge