HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Salam sejahtera buat semua.

Hidup Berani Untuk Gagal

Hidup berani untuk gagal? Berapa ramaikah yang nak? Saya yakin, semua tidak mahu kegagalan. Dalam hidup, semua orang nak kejayaan, kesenangan dan kemudahan. Kegagalan bermakna kita telah mengalami kekalahan dan kepayahan.

Bercakap mengenai keberanian untuk gagal bermakna mempunyai keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru, suatu perkara yang ramai tidak mahu lakukan kerana ia mempunyai potensi untuk gagal.

Sepanjang 20 tahun menempuh kehidupan sebagai seorang manusia, tidak banyak perkara yang saya telah lakukan. Tiada percubaan yang besar atau pelik. Mungkin ada perkara tanpa sedar yang dilakukan sebenarnya melambangkan “hidup berani untuk gagal”, tapi bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Berjalan menyelusuri sejarah hidup manusia, pasti banyak kisah kejayaan yang pernah dibaca, terselit kisah kegagalan mereka sebelum itu. Cukuplah sekadar menamakan Thomas Alva Edison (contoh yang cukup popular dalam menggambarkan “hidup berani untuk gagal”). Boleh baca di blog Anarm yang turut serta dalam contest ni.

***

Hidup Berani Untuk Gagal

Entri ni sebenarnya merupakan penyertaan bagi contest Hidup Berani Untuk Gagal yang dianjurkan oleh Denaihati (Yang Terbuku Di Hati). Contest Hidup Berani Untuk Gagal ni merupakan contest terakhir untuk penutup tahun 2009 dan untuk menyertainya adalah sangat mudah di mana anda hanya perlu menulis satu entri bebas di blog/weblog masing-masing.

Sedikit info tentang contest Hidup Berani Untuk Gagal

  • Contest Hidup Berani Untuk Gagal mudah sahaja iaitu pada penghujung contest, blog yang tersenarai di laman carian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1-5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6-10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.
  • Hadiah-hadiah adalah sumbangan daripada , , , Anisha Online Mall dan Saudacare.
  • Kepada yang rajin mempromosikan contestHIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referral maka lebih banyaklah hadiahnya.
  • Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest Hidup Berani Untuk Gagal

  • Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog sama ada berbahasa Melayu atau English.
  • Buat satu entri (bebas) di blog ANDA dan wajib ada perkataan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
  • Nyatakan dari mana anda ketahui tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini. Contoh:

    “Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog beliamuda {dot} com“.

  • Dalam entri anda wajib ada nama-nama sponsor (tolong update bila ada sponsor baru ye).
  • Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
  • Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di weblog Denaihati – Yang Terbuku Di Hati.
  • Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkannya.
  • Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri blog beliau.
  • Follow Facebook Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
  • Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.
  • Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira. Seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
  • Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Hidup Berani Untuk Gagal

beliamuda: [1] Terima kasih kepada MrBintang kerana saya tahu tentang contest ini melaluinya… nasib baik check balik link, tukar url kan? (^_~)v [2] Entri ni pun macam hidup berani untuk gagal jugak kan? Jom ramai-ramai cuba!

Kemaskini Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Akhirnya, peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL hampir tiba di penghujungnya. Setelah hampir sebulan lebih peraduan ini berlangsung, jumlah peserta kini melebihi 100 orang. Peraduan ini tampak mudah, tapi sukar untuk mengekalkan kedudukan di enjin carian. Percubaan pertama tidak berapa lama dulu (sebagai peserta ke-23), agak bersinar pada awalnya, tapi kelihatan seperti hampir gagal.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL – Pecutan Terakhir

Mengimbau kembali entri pertama “Hidup Berani Untuk Gagal” (di atas), rasanya ia sekadar tulisan apa yang terlintas pada waktu tersebut. Mungkin tiada isi sangat, tapi masih terselit sesuatu padanya.

Beberapa perubahan berlaku sepanjang peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Di peringkat awalnya, hadiah ditawarkan untuk pemenang ialah RM200. Namun kini ia ditingkatkan kepada RM400 dan berlaku sedikit perubahan format.

Pada pandangan saya, format penilaian “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” yang terkini lebih baik dan adil. Dengan menggunakan google.com dan google.com.my sebagai penilaian, ia memberi peluang sama-rata kepada semua peserta. Pasti peserta peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sedar akan perbezaan kedudukan entri masing-masing di kedua-dua enjin carian tersebut.

Google HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Penilaian untuk entri terbaik juga lebih memberi galakan kepada peserta untuk menuli entri yang lebih berisi dan bermakna. Entri ini pun mempunyai tujuan serupa di samping menguatkan semula kedudukan apabila berlaku perubahan pada penilaian pemenang daripada “Hidup Berani Untuk Gagal” kepada “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”. Mungkin juga saya sendiri telah terlepas pandang pada entri awal tersebut.

Mungkin ada yang bertanya, adakah entri ini akan menjejaskan kedudukan entri yang asal? Rasanya mungkin ada kesan, tapi disebabkan perubahan terkini, entri ini adalah satu keperluan. Saya pernah membuat dua entri dengan tajuk yang sama dan entri kedua mempunyai kedudukan yang lebih baik, malah mendapat kedudukan pertama dalam enjin carian.

Entri tersebut merupakan entri yang paling banyak dilawati sehingga kini. Saya harap, entri terbaru “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” ini mampu menyaingi peserta lain yang turut mempunyai sentuhan ajaib. Sama-sama kita menantikan keputusan pertandingan tersebut yang akan ditutup mulai  20 Januari 2010, jam 20:10 malam. Angka yang menarik!

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL – Kejayaan yang Ditinggalkan

Dalam meneruskan langkah kehidupan seharian, kita banyak berdepan dengan cabaran dan pilihan. Di persimpangan yang penuh dengan dilema ini, kadangkala kita tersalah dalam membuat pilihan. Pilihan kita sepertinya telah diistilahkan dengan “Kejayaan yang Ditinggalkan”. Samakah ia dengan menemui kegagalan?

di persimpangan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Berdepan dengan pilihan, kita perlu berani membuat keputusan. Pastinya ada langkah beronak duri dalam menempuh pilihan kehidupan kita. Bukan mudah untuk menempa kejayaan. Kadangkala, kita kerap tewas sebelum tiba di destinasi kejayaan. Kehidupan kita sebenarnya adalah perjalanan, sebelum tiba di jalan akhir, bertemu dengan Pencipta.

Adakah pilihan seseorang yang berani untuk menemui kegagalan dianggap sebagai satu pilihan yang salah? Diakui, tiada siapa yang mahu gagal. Semuanya mahu berjaya. Tidak mahu susah. Tapi seringkali kejayaan tidak berada di depan mata kita. Perjalanan menempuhnya tidak akan pernah berakhir.

Di antara dua pilihan, ada satu yang terbaik untuk diri kita. Mintalah petunjuk dari Yang Maha Esa, agar dipermudahkan urusan kita dalam memilih. Tidak kiralah daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada suatu pilihan yang berat. Tersungkur dalam lorong perjalanan pilihan kita adalah untuk menguji keteguhan. Mintalah hati agar diperteguhkan dan dikukuhkan dengan pilihan dalam kehidupan kita.

Kita bukan meninggalkan kejayaan, tapi kejayaan sebenar adalah perjalanan untuk menuju ke destinasi akhir yang kekal abadi.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL – Bangkit Daripada Kegagalan

Kegagalan yang ditempuh dalam perjalanan menuju destinasi adalah perkara yang pasti berlaku, kerana hanya ada dua kemungkinan sahaja iaitu BERJAYA ataupun GAGAL. Dalam menghadapinya, perlu kita segera bangkit semula untuk merangka semula strategi bagi menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

Saya juga pernah mengalami kegagalan dalam perjalanan menempuh kehidupan. Kadang-kadang terlintas di fikiran untuk kembali semula ke masa silam semata-mata untuk mengubah keputusan yang diambil supaya hasil akhirnya berbeza.

Namun, saya kerap juga mengingatkan diri bahawa setiap yang berlaku pastinya ada hikmah disebaliknya. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Kegagalan itu adalah cara berbeza yang tidak menemui kejayaan sahaja. Masih ada lagi jalan lain yang boleh dipilih untuk mendapat kejayaan.

beliamuda: Peringatan untuk diri dan untuk yang membaca. Terima apa sahaja keputusan akhir peraduan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”.

Kemaskini Syarat Terkini HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

  1. Keyword yang sah untuk ranking di google adalah “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” BUKAN “Hidup Berani Untuk Gagal” atau “hidup berani untu gagal”.
  2. Setelah dianalisa semua penyertaan yang ada maka diumumkan bahawa HADIAHuntuk pemenang akan diubahsuai.
    1. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com/ncr menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400.
    2. Blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan pages from Malaysia berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM400. Blog yang telah menang hadiah untung ranking 1-5 google.com/ncr tidak layak untuk menang.
  3. Hadiah untuk referral kekal RM10 untuk setiap referral. Senarai referral @ Referral.
  4. Hadiah bernilai RM50 untuk setiap entri terbaik. Admin akan pilih 10 entri terbaik daripada semua penyertaan. Undian akan dibuat oleh pelawat DENAIHATI untuk memilih 5 diantara 10 yang tersenarai.
  5. Tarikh tutup penyertaan Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL telah ditetapkan pada jam 20.20 pm pada 20.01.2010. Peserta diberi masa sehingga 11.59 pm pada 27.01.2010 untuk menukar link entri dengan entri terbaik bagi didaftar untuk contest entri terbaik.
  6. Undian 5 entri terbaik akan dibuat dari 28.01.2010 sehingga 11.59 pm 03.02.2010.
  7. Ranking 1-5 yang tersenarai di google.com/ncr dan google.com.my akan ditentukan juga pada 11.59 pm 03.02.2010.
  8. Pemenang untuk semua HADIAH akan diumumkan 1 minggu selepas 03.02.2010.
  9. Blog yang tersenarai sebagai pemenang tetapi tidak mengikut syarat-syarat contest yang telah ditetapkan tidak layak untuk menang hadiah.

Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu , , , Anisha Online Mall dan Saudacare.

Untuk lebih info mengenai contest ini, boleh lah merujuk terus kepada pihak penganjur di twitter @Denaihati, Facebook atau kunjungi sendiri blog beliau, Denaihati.com

84 thoughts on “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

  1. Pingback: HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Dilot

  2. Pingback: (Contest) Hidup Untuk Memberi – Menangi Acer Aspire One Secara Percuma | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: Aku dan kamu..

  4. Pingback: HIDUP BERANI UNTUK GAGAL bila tarikh tutupnya? | Ziefauzi [dot] com

  5. Pingback: HIDUP BERANI UNTUK GAGAL semakin panas | Ziefauzi [dot] com

  6. Pingback: HIDUP BERANI UNTUK GAGAL hadiah referral | Ziefauzi [dot] com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge