Salam sejahtera buat semua.
Semakin ramai pelajar yang beransur pulang lewat petang Rabu. Kebetulan hari ini ada paper terakhir. Hanya dua jam sahaja untuk subjek ini. Hampir-hampir juga kemerdekaan kami dilewatkan disebabkan oleh salah faham tentang masa untuk subjek ini. Semua keluar daripada dewan dengan gembiranya, berharap untuk keputusan yang baik untuk peperiksaan kali ini.
Keadaan semakin lengang pada keesokannya. Dalam rumah saya sendiri, keadaan menjadi sunyi apabila jam melewati tengah hari. Tinggal keseorangan, perasaan menjadi tidak keruan dan terasa sunyi. Sambil mengemas mana yang patut, lagu-laguan mengiringi. Letih juga terasa nak mengemas barang-barang ni.
Dalam tiket tertera, bas akan bertolak pada pukul 6.45 petang. Kami bertiga, Faris, Baha dan saya keluar daripada UTP seawal jam 6 petang dengan kereta sewa. Setibanya di Taman Maju, kebetulan terserempak dengan rakan-rakan yang akan pulang ke Terengganu. Sempat lagi berbual-bual kosong.
Bas tiba, tapi kami perlu turun semula di Medan Gopeng. Di sana, barulah ada bas yang sepatutnya kami naik. Rupa-rupanya, bas tersebut akan bertolak pada pukul 10 malam. Tiba seawal pukul 8 di Medan Gopeng, duduk melepak je la kerjanya. Dengan beg yang berat, payah nak bergerak ke mana-mana. Nasib baik ada kerusi kosong dalam bangunan terminal tu.
Setelah bosan menunggu hampir dua jam di Medan Gopeng, bertolak juga kami semua ke destinasi dituju. Alhamdulillah, saya tiba di rumah sekitar pukul 6 pagi dalam keadaan yang mengantuk. Sempat juga terlelap sejam sebelum bersiap untuk solat sunat hari raya.
Nasib baik tidak tersengguk semasa mendengar khutbah. Dua khutbah yang telah dipendekkan, seperti biasa menyingkap pengorbanan yang telah dilakukan Nabi Ibrahim A.S. Pukul 9, semua jemaah telah beransur pulang dan bagi yang akan mengadakan korban pada tahun ini, dapatlah bersiap-siap lebih awal.
Hajat di hati nak ke Tok Chong, melihat korban lembu. Namun, saya sendiri terkorban di atas katil sebab letih sangat. Sedar-sedar, dah pukul 12.30 tengah hari, lalu bersiap ke masjid untuk Solat Jumaat pula. Lagi dua khutbah didengari sebelum solat. Ramai juga jemaah kali ni. Sanak-saudara pulang ke kampung barang kali. Akhirnya, lengkap hari ini dengan empat khutbah!
beliamuda: tempoh bertenang sementara dapat semula mood nak melaksanakan apa yang telah dirancang…
bro pun terkorban lepas balik smyg raya.. jaga2 dah kul 1tgh
adik bro stay di UTP….
@framestone, uish.. tak habis paper lagi eh.. nasib baik berjaya habis sebelum raya..
hahaha…ingat terkorban apa tadi….semoga dapat ambil manfaat drpd khutbah yg disampaikan….
.-= syinrayafa´s last blog ..Kemalangan =-.
meriah la, org ramai dpt cuti banyak hari kan 😀
.-= nazra´s last blog ..Lelaki berpayung, Perempuan berbaju hujan =-.
@nazra, untung raya jatuh hari Jumaat kan… pastu mulalah ada blues time nak keje… huhu~
Pingback: Siaran RTM Semasa Cuti Persekolahan | beliamuda {dot} com