Salam sejahtera buat semua.
Dalam separa sedar, rupanya minggu ni dah hampir sampai ke penghujungnya. Kesibukan minggu ni juga bakal berakhir, untuk berehat sebentar sebelum menyambung kembali amanah dan tanggungjawab.
Seperti dalam entri sebelumnya, aku ada menceritakan sedikit sebanyak keadaan yang semakin genting dan sibuk sejak kembali daripada cuti raya baru-baru ini.
Sebelum bercuti raya, aku telah diberi peluang untuk terlibat dalam satu event kecil. Sebelum menerima tawaran tu, aku dah perasan yang tarikh event tu jatuh pada hari yang sama dengan Test 2 Prob Stat. Tapi, aku masih menerimanya untuk melihat sejauh mana kemampuan aku mengurus masa.
Jejaka Cheme Jan 07 sebelum presentation Sepro
Kebetulan pula awal bulan Oktober tu kami pelajar Kejuruteraan Kimia Tahun Dua, Semester Dua ada dua presentation untuk laporan eksperimen. Kesibukan menyiapkan laporan eksperimen dan juga slaid-slaid untuk presentation pada saat-saat akhir sedikit sebanyak memberi tekanan.
Minggu pertama diisi dengan presentation untuk laporan eksperimen subjek Separation Process II dan diikuti Process Instrumentation pada mingu berikutnya. Tidak lupa juga viva untuk lab Process Safety.
Persediaan terakhir sebelum presentation PI
Akak demo tu cakap aku agak shaking masa viva. Nasib baik masa presentation Sepro keadaan agak terkawal. Cuma banyak tersasul masa PI dengan ayat-ayat yang berulang, sampai terbelit lidah. Ramai pulak yang tengok masa tu.. -_-“
Department Registration untuk Foundation Grad
Dalam minggu kedua tu jugalah adanya event tu dan juga Test 2 Prob Stat, pada hari yang sama. Kena pula pagi tu ada kelas sampai pukul 2. Eventnya mula pukul 1.45 (ponteng satu kelas kat situ). Habis dalam pukul 4.30 dan test pula mula pada pukul 5.30. Kebanyakan rakan sejurusan yang turut terlibat dengan event ni tak tidur pada malam sebelumnya. Aku je yang rebah separuh jalan.
Minggu lepas dapat tahu aku telah diberi amanah untuk terlibat dengan Dinner Cheme Jan07 (sepatutnya sambutan Raya). Mula bergerak agak lewat, ada beberapa perkara yang terpaksa berkejar juga untuk menyempurnakannya. Setakat ni semuanya berjalan lancar dengan sedikit masalah kecil.
Malam esok, hampir 60 orang pelajar Cheme Jan07 akan mengadakan jamuan makan malam di Restoran Laksamana Cheng Ho, Ipoh. Semoga segalanya berjalan lancar esok, walaupun terdapat beberapa aktiviti awal terpaksa dibatalkan.
Kesibukan ini telah membawa aku lari daripada rutin harian yang sama. Terasa lain sedikit kehidupan sejak kebelakangan ni. Secebis kesibukan ini tidak boleh melawan kesibukan raka-rakan lain yang lebih sibuk dengan tanggungjawab dan amanah yang lebih besar. Kepada rakan-rakan semua, teruskan kerja yang telah diamanahkan, semoga urusan dipermudahkan.
beliamuda: temuduga untuk HICOM dan komiti event-event besar UTP sem depan sedang rancak dijalankan…
wahh..busy yaa..semoga yang terbaik semuanya untuk andalah. 🙂
@ikin, terima kasih.. semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa masalah datang melintang..
sama dalam kes ak jugak la bro..hoho..bz ni kena telan je, redah dengan hati yg terbuka.. 😀
@izzat, gaya hidup student uni ye dak? hehe..
Pingback: (GAMBAR) Perodua MyVi Exclusive Edition | beliamuda {dot} com
wah viva mmg boleh buat student gugur jantung. sungguh hampeh ja rasa 😀
.-= nazra´s last blog ..Tak mandi lagi pandai? =-.
@nazra, haha.. tapi, yang buat viva tu bukannya sape2 pun.. student jugak, cme dia tu postgraduate study la.. umur tak jauh beza pun…