Melantak Anime dan Drama

Salam sejahtera buat semua.

CSI S10 poster

Bulan Oktober telah tiba. Boleh dikatakan bulan yang heaven untuk penggemar drama-drama bersiri francais dari US. Lewat September (masa awal Raya), drama-drama ini telah memulakan tayangan pertama (baca: premier) untuk musim baru.

Dalam banyak-banyak drama omputih ni, ada beberapa je yang aku tengok. Yang memang aku tak lepaskan untuk donlod daripada awal ialah drama bersiri CSI. CSI (Las Vegas), CSI:Miami dan CSI:New York memang sudah menjadi antara drama kegemaran aku. Sejak aku mula tengok kat tv masa zaman sekolah menengah lagi aku dah minat. Cerita genre macam ni memang kegemaran aku.

Aku mula dapat sumber CSI (Las Vegas) ni daripada DC++ masa menetap di V1 dulu (awal 2008). Masa tu ada sorang pembekal yang memang share musim keenam, ketujuh dan kelapan. Ada jugalah episod yang dia tertinggal. Aku lengkapkan mana-mana yang dia takde.

Pastu, masuk musim kesembilan (akhir 2008 – awal 2009), aku pula yang tolong kutip daripada torrent untuk share dalam DC++ di V4. Sem lepas juga lah aku mula tengok CSI:Miami (musim ketujuh) dan CSI:NY (musim kelima). Aku juga telah mula mengumpul daripada musim-musim terawal. Setakat ni, CSI (Las Vegas) telah lengkap, CSI:Miami belum ada musim keempat, kelima dan keenam dan CSI:NY belum ada musim keempat.

Lain-lain drama yang aku tengok ialah Heroes, House (faveret rumet, bila dia tengok, baru aku tengok), dan lain-lain. Rasanya kalau nak sebut drama-drama omputih ni, banyak sangat. Nasib baik aku tak tersangkut sangat dengan yang lain-lain. (^_~)v

Kalau sebut anime pulak, ada tiga anime je yang aku betul-betul follow.

Naruto

Aku mula tengok Naruto sejak mula disiarkan di TV3. Selalu layan manga dia dalam Kreko (zaman tak berapa nak rapat dengan internet lagi ni). Tapi, masa tu aku selalu je terlepas episod-episod yang disiarkan. Pastu, selalu je tengok kat Youtube. Masih tak rasa feel sangat sebab kena asing ikut part la semua kan.

naruto_wallpaper

Lepas tu la aku kenal dengan Chrunchyroll. Masa ni laman web ni tak popular sangat lagi. Banyak juga lah masa tu Anime yang dah dilesenkan tapi masih ada di sini. Kat sini dia tak diasingkan ikut part, jadi boleh tengok penuh satu episod. Lepas Naruto dah takde kat situ pada masa tu, aku mula donlod Naruto yang DB subkan.

Bila dah masuk UTP, ada pulak yang share lengkap. Lagi senang dan cepat nak donlod. Sekarang ni, aku dah lama berhenti tengok Naruto sejak sejak DB dah tak sub. Tunggu masa kat rumah baru tengok kat Chrunchyroll. Manga Naruto pun dah lama aku tak baca. Paling last sebelum cuti lepas.

Bleach

Aku mula tengok Bleach masa Form 5. Ni pun sebab ada rakan yang bawa untuk tengok masa kat MRSM PC dulu. Masa tu la mula berminat dengan Bleach. Masa ni, kat Chrunchyroll, Bleach dah kena buang. Nak tak nak, aku tengok episod mana-mana yang best (arc masa dia kali pertama masuk Soul Society).

Sekali lagi, aku dapat sumber Bleach yang lengkap bila dah masuk UTP. Sekarang ni, aku berhenti kat episod 204 dan masih mengumpul hingga episod terkini. Sumber utama, torrent yang DB sediakan, sebab aku dah tak boleh nak menggunakan DC++  lagi. Nanti aku cerita kenapa.

Fade-To-Black

Semalam, muvi terbaru (yang ketiga) Bleach, Fade To Black baru sahaja dikeluarkan oleh DB. Muvi ni dah disiarkan kat pawagam di Jepun (beberapa bulan yang lepas). Jadi, donlod sedang dalam proses.

Detective Conan

Detective Conan aku mula tengok dengan muvinya. Terpikat dengan muvinya (aku dah tengok dan ada kesemua 12 muvi), aku mula menonton anime ni dan mula menjadi salah satu anime kegemaran. Dengan episod yang dah mencecah 550, aku baru je tengok sampai episod 43.

Buat masa ni, berhenti kejap sebab takde sumber untuk donlod. Nak donlod daripada Megaupload, memang tak kesudahan la jawabnya (kecualilah seorang sahabat ni sanggup menolong.. huhu). Nak ambil melalui torrent, untuk episod-episod awal macam dah takde harapan. Det Conan juga banyak versi OVA dan side story.

Untuk Det Conan, aku sedang menunggu DCTP untuk sub Detective Conan Movie 13: The Raven Chaser. Rasanya sub muvi ni akan dikeluarkan dalam bulan ni jugak. Side story untuk muvi ni pun aku dah tengok; Magic File 3 OVA.

Itu sahaja kot rapu-rapan panjang daripada aku. Tiga hari aku ambil masa nak siapkan entri ni. Papepun, aku letak tarikh pada hari aku mula tulis entri ni sebagai publish date.

beliamuda: maksud follow di atas tidak bermakna aku tahu episod terkini. Aku biasanya kumpul dulu anime dan drama, kemudian baru tengok bila ada masa lapang atau masa yang sesuai. Untuk CSI:NY, aku masih lagi di musim kelima. CSI (Las vegas) dan CSI:Miami tak mula tengok lagi musim terbaru, tapi dah ada.

[kredit untuk gambar dan imej kepada pemilik asalnya]

16 thoughts on “Melantak Anime dan Drama

  1. walla….lama x layan drama english ngan anime ni…ngeh3

    yg aku ada tengok dulu heroes dgn prison break, tp season baru dh x tengok dh….huhu

    naruto ngan bleach pun sama….panjang sangat, x dpt nak follow…detective conan tengok kat tv je….skarang aku tengok anime yg pendek2 je….tp dh kurang tengok anime sbb xde sumber…hehe…..
    aku recommend inuyasha kalau ko x tengok lg….ngan fullmetal panic…ngeh3
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Duit rayaku hanya 1000 won =-.

    • @HuRuL_AiNi, anime yang panjang2 ni memang payah sikit nak follow.. saya kawan yang memang kumpul banyak giler anime.. macam-macam ade.. antara anime pendek yang saya minat; Slam Dunk, Code Geass dan The Law of Ueki..

        • @hurulaini, Code Geass citer pasal invasion British ke atas Jepun (Area 11) guna knightmare (robot).. genre mecha.. best gak, prince British (Lelouch aka Zero) yang kena buang rebel untuk jatuhkan ayahnya dengan guna Code Geass (kuasa dia – absolute order).. tanpa disedari, ayahnya juuga adalah pengguna Code Geass (boleh tulis balik memori orang).. target ayah dia nak musnahkan God… Pengakhiran yang sangat tak disangka, sedih gak.. ada dua season~

  2. haha~
    minat juga csi:miami. cuma tonton kalau ada masa dan mood.
    bleach, baru saja berjinak2 nak tengok, laptop suda dibawa pergi. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge