Salam sejahtera buat semua.
Alhamdulillah. Selamat sampai juga akhirnya ke rumah. Perjalanan dalam bas yang macam biasa menyebabkan aku menggigil dengan kesejukan yang menusuk sampai ke tulang. Serius, memang sejuk betul.
Rasanya, kebanyakan pembaca-pembaca blog dan juga pengguna internet di Malaysia dah ramai yang offline. Maklumlah, semua nak balik beraya ke kampung. Tak kurang juga blogger yang menyatakan ada penurunan mendadak trafik. Sape la kan yang nak beraya depan internet ni. Yang tak balik kampung je la kot. Huhu~
Sepanjang perjalanan pulang semalam, aku banyak juga twit guna SMS. Saje mengupdate apa yang patut. Mana la tahu ada yang nak baca kan. Tambah-tambah kalau twit pasal keadaan trafik kat lebuh raya. Semalam, keadaan trafik sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan daripada tol Jelapang sampailah ke tol Kuala Kangsar agak perlahan. Kenderaan memang nampak berderat je atas jalan tu. Nasib baik tiada kesesakan teruk.
Kami juga bernasib baik sebab antara yang pertama meninggalkan kampus. Kalau ikut jadual perjalanan bas waktu malam, paling awal bas bertolak ke Kelantan adalah sekitar pukul 9:30 malam. Kiranya, kami dapat elak kesesakan dengan bas-bas yang lain. Kami juga antara yang terawal tiba di tempat biasa bas berhenti. Tak payah nak berebut dan bersesak-sesak kat kedai tu.
Mood Raya
Sebut pasal mood raya, macam tak terasa la pulak. Padahal, esok dah nak raya. Aku dah siap awal-awal lagi SMS untuk rakan-rakan. Tunggu masa nak tekan send je. Jom ramai-ramai malam ni kita sesakkan talian telefon di Malaysia!
Bila tiba je kat KB awal pagi tadi, terkejut juga dengan perubahan di stesen bas tu. Bangunan Kota Bharu Trade Centre (KBTC) yang menempatkan dua buah pusat membeli-belah iaitu Giant dan Parkson telah siap dibina. Arah aliran trafik di kawasan sekitar juga telah distrukturkan semula. Nampak luas pula di sekitar KBTC tu (bila raykin nak masukkan gambar kawasan tu?).
Sekarang ni, apa persiapan raya yang aku buat eh? Entah, macam takde je pulak kan. Dah la terawih terakhir dalam bulan Ramadhan pun tak sempat nak buat. Hmm, semoga mood raya akan datang bertandang esok. Aku rindukan suasana raya yang pernah aku alami dulu.
Untuk raka-rakan, jom baca entri dedikasi ucapan raya. Ada juga lagu Rock Raya – Musafir di Aidilfitri dalam entri tersebut. Bagi yang ingin menitiskan air mata, jom baca entri ini.
beliamuda: nanti aku nak screenshot twit-twit aku guna SMS tu. Macam cool pulak twit tu. Ada ala-ala live blogging. Mungkin lebih kepada live micro blogging. Haha~
hoi…amik gmbr xgtau
@hafizhilmi, hoi2.. hehe.. aku bagi kredit foto tu kepada mung.. 😛
~maaf zahir dan batin
@beliamuda, haha.. bereh2.. baguih
.-= hafizhilmi´s last blog ..Melihat-lihat anak bulan Syawal =-.
keno gi ni bandar kb time cuti ni
pesat mmebangun doh negeri kito
kota bharu bandaraya islam
kb comey sokmo!
@penaberkala, trafik dia ada berubah sikit da.. aku tak pergi pon lagi.. kalau ada masa, nak gi jejak kaki kat KBTC.. tgk apa yang ada.. muahaha..
@beliamuda, yg ada semo mhl..2 jale pon luar litar dh loni..blkh g merempit..
.-= hafizhilmi´s last blog ..Melihat-lihat anak bulan Syawal =-.
@hafizhilmi, ye la kan.. tgk nama brand yang ada ditunjuk di luar bangunan tu pun dah dapat agak dah.. tpi, kena jejak jugak nih..
blogger2 sekalian sebuk tolong-menolong kat rumahlah. ekekeke. sila datang beraya di rumah 🙂
bertandang kat blog pun xpe 🙂
.-= ikin´s last blog ..s.e.l.a.m.a.t. H.a.R.i R.a.y.a….A.i.d.i.l.f.i.t.r.i…………. =-.
@ikin, bertandang kat blog je la eh.. 😛
hoho.. macam best jerr.. twit gune henset.. aku henset pun x reti2 nak topup. haha..
.-= Adney´s last blog ..Sekitar Raya 2009 =-.
@Adney, best ar gak.. cme kita takleh baca tweet orang len la.. yg tu kena ada line tenet la, baru dapat baca~
wah, ni bangunan dimanakah? Di stesen BAS mana? maklumlah tak masuk KB takut masalah trafik..
@Nikuve, ni dekat stesen bas KB.. betul2 sebelah.. nama bangunan ni KBTC.. betul2 kat tengah bandar.. jalan menghala ke sini sume dah jadi one way… Ada yang dah jadi 4 lane.. ni sume dekat area Pantai Timur, Mydin, The Store, dan Bazar MPKB…