Dementia – Aku Menangis Kerananya, Rindu Pada Mama dan Abah

Salam sejahtera buat semua.

Inilah entri yang telah aku maksudkan dalam beberapa entri sebelum ni. Suatu kisah yang dipaparkan dalam sebuah filem pendek yang dipertandingkan bersempena dengan konferens Alzheimer’s Disease International pada Mac 2009 yang lalu. Filem pendek ini memenangi tempat pertama untuk petandingan video. Filem ini sangat menyentuh hati, sehingga menyebabkan aku sendiri menitiskan air mata bila menontonnya. T_T

Ada juga hikmahnya aku tangguhkan dulu entri ni. Semalam, ada satu kisah menyayat hati yang disiarkan dalam Harian Metro. Berikut adalah keratan berita tersebut.

Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.
Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.
Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.
Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, Johor.

Sinopsis Filem Pendek Going Home

Filem pendek yang bertajuk “Going Home” ini mengisahkan seorang nenek yang bersungguh-sungguh untuk menyediakan makanan tengah hari untuk cucu perempuannya. Namun, kerana tedapat masalah dengan periuk nasi (padahal dia terlupa untuk memasang palam periuk nasi tu), nenek tersebut telah keluar rumah untuk membeli di gerai.

Selepas mendapatkan nasi ayam mengikut kegemaran cucunya itu, dia terlupa arah pulangnya. Semasa membayar makanan tersebut juga telah kelihatan betapa dia telah mengalami kesukaran untuk mengira wang yang perlu dibayar. Dalam keadaan gelisah dan risau, nenek tersebut bersungguh-sungguh berharap pada orang di sekeliling untuk menghantarnya.

Namun, dia tidak mampu untuk memberitahu di mana dia perlu pulang. Pada awalnya, tiada yang sanggup membantu. Mungkin melihatkan keadaan nenek itu yang agak pelik. Ye la kan, minta tolong hantar ke rumah, tapi tak tahu di mana. Akhirnya, ada juga yang ingin membantu.

Namun, disebabkan nenek tersebut sudah tidak ingat apa-apa selain matlamatnya untuk membawa pulang makanan dengan segera, keadaannya semakin tidak terurus. Dia merayau-rayau di sekitar kawasan itu dengan harapan dapat pulang. Dia begitu risau cucunya kelaparan.

Di rumah, cucunya masih tidak makan dan hanya mengalas perut dengan biskut. Semasa ayah dan ibunya pulang, mereka kelihatan agak marah dengan tindakan nenek yang masih belum pulang, Jadi, mereka keluar bersama-sama pergi mencari nenek.

Akhirnya, mereka ketemu juga nenek yang pada masa itu berada di tengah-tengah jalan raya hampir dilanggar sebuah kereta. Anak lelakinya terus mengheret nenek itu ketepi sambil memarahi sikap ibunya itu. Malangnya, nenek itu sudah tidak mengenali anak lelaki dan menantunya itu.

Sebaik sahaja terlihat kelibat cucunya itu, dia terus bergegas menghulurkan makanan kepada cucunya. Cucunya terus sahaja makan nasi ayam itu sambil menangis. Masa nilah saat paling menyedihkan. Betapa neneknya bersungguh-sungguh untuk memberikan makanan itu kepada cucunya. Untuk gambaran lebih baik, tontonlah video di bawah ini.

Apa itu Dementia?

Malas nak alih bahasa, sila baca sahaja petikan daripada wikipedia ni.

Dementia (meaning “deprived of mind”) is a serious cognitive disorder. It may be static, the result of a unique global brain injury or progressive, resulting in long-term decline in cognitive function due to damage or disease in the body beyond what might be expected from normal aging. Although dementia is far more common in the geriatric population, it may occur in any stage of adulthood. This age cutoff is defining, as similar sets of symptoms due to organic brain syndrome or dysfunction, are given different names in populations younger than adult. Up to the end of the nineteenth century, dementia was a much broader clinical concept.[1]

Dementia is a non-specific illness syndrome (set of signs and symptoms) in which affected areas of cognition may be memory, attention, language, and problem solving. It is normally required to be present for at least 6 months to be diagnosed;[2] cognitive dysfunction which has been seen only over shorter times, particularly less than weeks, must be termed delirium. In all types of general cognitive dysfunction, higher mental functions are affected first in the process. Especially in the later stages of the condition, affected persons may be disoriented in time (not knowing what day of the week, day of the month, or even what year it is), in place (not knowing where they are), and in person (not knowing who they are or others around them). Dementia, though often treatable to some degree, is usually due to causes which are progressive and incurable.

Kali pertama aku dengar mengenai dementia ialah pada selepas membaca Majalah Dewan Kosmik edisi September 2008. Artikel tersebut bertajuk “Lupa: Amnesia atau Dimentia” oleh Nik Khartina Nik Man. Untuk pengetahuan semua, Hari Alzheimer Sedunia disambut pada setiap 21 September. Hari Alzheimer Sedunia 2009 bertemakan “Diagnosing Dementia: See It Sooner”.

Bila dikaitkan semula dengan kisah dalam Harian Metro semalam, rasa sangat sebak dan sedih dengan tindakan lelaki tersebut. Harap-harap, aku tidak begitu di masa hadapan. Aish.. dah rindu sangat nak jumpa mama dan abah ni.

beliamuda: ramai kawan-kawan dah balik, sebab kelas pun dah abih pagi tadi. Tapi, nak buat macam mana, tiket bas untuk balik kampung dah ditetapkan pada Jumaat malam… sabar je la~

7 thoughts on “Dementia – Aku Menangis Kerananya, Rindu Pada Mama dan Abah

  1. Pingback: Tiba jua di kampung halaman untuk beraya | beliamuda {dot} com

  2. saye ada juga tonton satu drama korea yang kisahkan tentang nenek ngan cucu dia. sedih juga cerita itu, cuma nneknya tak alzheimer..er..dementia.

    kalau hal yang diatas itu jadi depan mata saya, saya panggil makcik itu dan bawa dia balik ke rumah saya. meh makcik, beraya dengan saya je~

    saya tak mampu nak kutuk lelaki anaknya itu. biar Allah saja balas, cuma kita kenalah ambil pengajaran. syurga, dibawah telapak kaki ibu 🙂
    .-= ikin´s last blog ..s.e.l.a.m.a.t. H.a.R.i R.a.y.a….A.i.d.i.l.f.i.t.r.i…………. =-.

  3. bile kite buat sst kpd ibu bapa kite..bsr kemungkinan Allah akan balas dgn anak2 kite buat pd kite pula…baik mahu pun buruk..

    so berbuat baiklah pd ibu bapa kite ^^

  4. Pingback: Imbas kembali September 2009 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge